-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Pengurusan / Seksyen Sumber Manusia
 
Seksyen Sumber Manusia merupakan salah satu seksyen di bawah Program Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Seksyen ini terdiri daripada beberapa Unit iaitu Unit Perkhidmatan, Unit Perjawatan, Unit Tatatertib dan Pembangunan Sumber Manusia, Unit HRMIS dan Unit Penempatan dan Pertukaran. Seksyen Sumber Manusia diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M52 dan dibantu oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Di setiap Unit di bawah Seksyen Sumber Manusia diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir atau Pembantu Tadbir Kanan (Pekeranian/Operasi).
 
Fungsi dan Peranan Seksyen Sumber Manusia
 
i.
Fungsi Unit Perkhidmatan ialah untuk mengurus dan memastikan semua aspek perkhidmatan 17,541 (Mac 2012) kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak teratur dan berjalan lancar; daripada Pengesahan Lantikan sehingga Pesaraan Wajib.
   
ii.
Manakala Unit Perjawatan bertanggungjawab untuk memastikan semua perjawatan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak teratur dan terkini. Unit ini juga menyelaras permohonan perjawatan baru, pindah butiran perjawatan dan pemansuhan jawatan.
   
iii.
Unit Tatatertib dan Pembangunan Sumber Manusia ialah penting untuk memantau serta mengendalikan kes-kes Tatatertib kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak manakala juga menguruskan kemasukan data bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi setiap kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Unit ini juga yang menguruskan permohonan pingat di peringkat Negeri dan Persekutuan.
   
iv.
Unit HRMIS ialah Unit yang diwujudkan pada tahun 2009. Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan semua Modul yang diwujudkan di dalam HRMIS oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa mencapai Key Performance Index (KPI) Kementerian Kesihatan Malaysia.
   
v.
Unit yang terakhir ialah Unit Penempatan dan Pertukaran di mana Unit ini akan menjadi urusetia bagi segala urusan penempatan kakitangan baru atau yang bertukar masuk ke Negeri Sarawak serta menjadi urusetia Mesyuarat Penempatan dan Pertukaran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
   
Rumusan Perjawatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
 

JUMLAH KEANGGOTAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012

KATEGORI PERJAWATAN

BILANGAN PERJAWATAN

BILANGAN DIISI

PENGURUSAN TERTINGGI (JUSA/UTAMA)

25

32

PEGAWAI PERUBATAN

1891

1170

PEGAWAI PERGIGIAN

211

162

PEGAWAI FARMASI

347

350

PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK

21

19

LAIN-LAIN

495

350

JUMLAH KUMPULAN PROFESIONAL DAN PENGURUSAN

2990

2083

JURURAWAT

3850

3487

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

1341

1236

JURURAWAT MASYARAKAT

3213

2442

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

560

494

PENOLONG PEGAWAI FARMASI

448

404

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

745

709

JURU X-RAY

322

253

LAIN-LAIN PARAMEDIK

1776

1505

KUMPULAN SOKONGAN 1

1611

1369

KUMPULAN SOKONGAN 2

4359

3559

JUMLAH KUMPULAN SOKONGAN

18225

15458

JUMLAH KESELURUHAN

21215

17541

 

Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan