-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Perubatan / UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN

UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN,
JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

Pengenalan Unit

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah ditubuhkan di peringkat negeri pada bulan Disember 2003, berikutan pengujudan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta di peringkat Kementerian pada awal tahun yang sama. Tujuan unit ini adalah untuk mengawalselia semua fasiliti kesihatan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di peringkat negeri Sarawak.

Sejarah penubuhan

Sebelum wujudnya unit ini, semua fasiliti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta telah di kawal di bawah Akta “Private Hospital Act 1971”. Setelah usaha penelitian semula oleh pihak kementerian, ada beberapa kelemahan-kelemahan telah dikesan terutama dari aspek hak-hak pengguna dan aspek kualiti perkhidmatan yang diberi. Tambahan pula, banyak perubahan telah berlaku berikutan perkembangan perubatan di serantau dunia. Maka Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat keputusan bahawa, adalah wajar kawalan yang berkesan ke atas semua fasiliti kesihatan swasta demi kepentingan dan keselamatan pelanggan.

Oleh yang demikian, Parliamen Malaysia telah meluluskan Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Walau bagaimanapun, Akta tersebut hanya mula dikuatkuasakan pada tahun 2006 setelah Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta diluluskan pada tahun 2006.

Perkhidmatan yang disediakan

1. Pelesenan kepada
  • Hospital Swasta
  • Pusat Bersalin Swasta
  • Pusat Jagaan Kejururawatan swasta
  • Pusat Jagaan Ambulatori swasta
  • Pusat Hemodialisis Swasta
  • Pusat Jagaan Pesakit Psikiatrik Swasta
  • Pusat Hospis Swasta
  • Dan mana-mana pusat kesihatan swasta yang berkaitan

2. Pendaftaran (pemohonan secare online melalui, http://medpcs.moh.gov.my)

  • Klinik Perubatan Swasta
  • Klinik Pergigian Swasta

3. Pengurusan aduan dan perkhidmatan medico-legal di fasiliti kesihatan swasta dan di fasiliti kesihatan awam.

 Activiti - aktiviti

1. Memproses permohonan untuk pendaftaran bagi klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta.

2. Memproses permohonan pembaharuan lesen ke atas hospital swasta, pusat bersalin swasta, pusat jagaan kejururawatan swasta, pusat jagaan ambulatory swasta, pusat hemodialisis swasta, pusat jagaan pesakit psikiatrik swasta, pusat hospis swasta dan mana-mana fasiliti swasta yang berkaitan.

3. Pemeriksaan ke atas fasilti jagaan kesihatan swasta

  • Pemeriksaan pembaharuan lesen
  • Pemeriksaan pra pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang baru ditubuhkan atau yang pindah premis.
  • Pemeriksaan pasca pendaftaran ke atas klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada untuk memastikan kepatuhan kepada peraturan-peraturan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 2006.
  • Pemeriksaan ke atas fasiliti kemudahan kesihatan swasta berikutan aduan awam.
  • Pemeriksaan pemverifikasi ke atas fasiliti yang membuat perubahan kepada bangunan mengikut pelan lantai baru, fasiliti yang berpindah dan fasiliti yang tutup.

4. Memberi keterangan dan menyebar ilmu pengetahuan kepada pengamal kesihatan swasta;

  • Taklimat kepada pengamal perubatan dan pergigian swasta swasta berkenaan dengan kawalan jangkitan, rangkaian sejuk, pembuangan sisa-sisa klinikal dan alat tajam yang telah digunakan, isu-isu medico-legal dan pengamalan perubatan yang selamat dan beretika.
  • Memberi khidmat nasihat dan garsipanduan berkenaan dengan proses permohonan pendaftaran klinik swasta, proses penukaran hakmilik, proses penutupan dan proses pindah premis klinik ke tempat yang lain.
  • Membantu fasiliti kesihatan swasta dalam proses pembaharuan pembekalan darah ke hospital swasta.
  • Memberi taklimat kepada fasiliti kesihatan swasta tentang e-reporting dan ICD 10.  

5. Tugas pemantauan ke atas fasiliti kesihatan swasta dari masa ke semasa.

6. Menubuhkan dan mengkoordinasi mesyuarat jawatankuasa penyiasatan bebas ke atas kes-kes medico-legal

7. Latihan kepada anggota UKAPS tentang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan kawalan amalan perubatan.

Undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai

  1. Akta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 1998 ( Akta 586)
  2. Peraturan-peraturan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 2006 (Klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta)
  3. Peraturan-peraturan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 2006 (Hospital swasta)
  4. Akta Perubatan 1971 (Akta 50)
  5. Akta Pergigian
  6. Akta Pembantu Perubatan
  7. Akta Kejururawatan
  8. Akta keterangan 1950
  9. Kanun Keseksaan (Akta 574)
  10. Kanun Tatacara Jenayah
  11. Medical Negligence
  12. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan