-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Pergigian
 
 
Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menyedia dan memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian kepada penduduk melalui rangkaian komprehensif klinik pergigian besar, klinik pakar pergigian, klinik pergigian sekolah dan pasukan pergigian bergerak  di seluruh negeri Sarawak.  Struktur perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian secara umumnya dapat dibahagikan kepada perkhidmatan asas dan perkhidmatan kepakaran dan disampaikan melalui pendekatan bersepadu.
 
Objektif perkhidmatan Bahagian Kesihatan Pergigian, Sarawak adalah untuk terus meningkatkan status kesihatan mulut penduduk melalui aktiviti-aktiviti penggalakan, pencegahan, kuratif dan pemulihan perkhidmatan kesihatan pergigian. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah, murid-murid prasekolah, ibu-ibu mengandung, warga tua dan pelanggan yang mempunyai keperluan khas.
 
Selaras dengan objektif di atas, Bahagian Kesihatan Pergigian, Sarawak telah melancarkan pelan induk "Pinnacle 2010” pada 27 Julai 2002.  Pelan induk ini mempunyai dua matlamat utama iaitu :-
 
1. untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian masyarakat di Sarawak, terutamanya murid-murid sekolah, agar kesihatan mulut mereka adalah di kalangan yang TERBAIK di Malaysia menjelang tahun 2010; dan
 
2. untuk membentuk pasukan kerja yang berketerampilan.
 
Empat matlamat impak yang telah ditetapkan untuk mengukur kejayaan Pinnacle 2010 digariskan seperti berikut:
   
Matlamat 1 :
Bahawa 30% daripada kanak-kanak berusia 6 tahun hendaklah mempunyai mulut bebas karies (DMFX = 0 dan df = 0) menjelang 2010
   
Matlamat 2 :
Bahawa 100% daripada kanak-kanak berusia 6 tahun hendaklah mempunyai gigi-gigi kekal bebas karies (DMFX = 0) menjelang 2010
   
Matlamat 3 :
Bahawa bilangan min DMFT (gigi berkaries, hilang/ dicabut kerana karies atau ditampal bagi kanak-kanak berusia 12 tahun hendaklah 1 atau kurang (DMFX < 1) menjelang 2010
   
Matlamat 4 :
Bahawa 85% daripada kanak-kanak berusia 16 tahun itu hendaklah mempunyai periodontium (gusi) yang sihat.
 

Untuk maklumat/ bacaan lanjut, klik di bawah:

Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan