-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Pengurusan / Seksyen Kewangan dan Akaun

Objektif

Bertanggungjawab memberikan khidmat sokongan pengurusan kewangan [Pusat Tanggungjawab (PTJ)] bagi membolehkan semua aktiviti dalam program pengurusan kewangan berjalan lancar, sempurna dan berkesan ke arah pencapaian objektif Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 
Strategi
i.

Menggalakkan Ketua PTJ melibatkan diri dalam pengurusan kewangan.

ii.

Mempertingkatkan kesedaran mengenai akauntabiliti pengurusan kewangan.

iii.

Meluaskan pengetahuan mengenai pendekatan pelaksanaan sistem kewangan masa kini melalui peningkatan pengetahuan dan latihan profesional.

iv.

Mematuhi segala peraturan dan prosedur kewangan serta mematuhi ikrar dalam piagam pelanggan.

v.

Membuat pemantauan untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan Jabatan.

 
Misi

Mempertingkatkan pengurusan kewangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menerusi kecekapan kawalan pengagihan dan pemantauan

 
Visi

Mempastikan pengurusan kewangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ke tahap yang cemerlang dan terbilang

 
Piagam Pelanggan

Sebagai nadi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam melaksanakan pengurusan kewangan Jabatan, kami bertekad untuk menyempurnakan perkhidmatan berikut:-

 -

Mendapatkan peruntukan daripada KKM dan mengagihkan waran dalam masa 14 hari selepas waran diterima.

 -

Mengemukakan permohonan pindah peruntukan / tambah peruntukan kepada KKM dalam tempoh 3 hari selepas permohonan diterima dengan syarat permohonan memenuhi peraturan ditetapkan.

 -

Memastikan semua tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa diterima dalam tempoh sepuluh (10) hari bulan dalam bulan berikutnya dan diproses dalam tempoh 5 hari daripada tarikh penerimaan.

 -

Menyedia dan mengemukakan Pesanan Kerajaan kepada pembekal dalam tempoh 3 hari sekiranya peruntukan mencukupi dan tiada gangguan sistem.

 -

Memastikan bayaran semua bil/invois daripada syarikat diproses dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan.

 -

Memastikan pungutan hasil Jabatan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

 -

Memastikan peraturan mengenai Aset Kerajaan dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan yang ditetapkan antaranya:

 
Pembelian
- Pengagihan
 
Penerimaan
- Pelupusan
 -

Memastikan tugas naziran kewangan dilaksanakan di setiap PTJ Bahagian/Daerah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

 - Memastikan permohonan pinjaman komputer dan kenderaan yang dikemukakan lengkap dan memenuhi syarat, diproses dan dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman , KKM dalam tempoh 1 minggu.
   
Carta Organisasi
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan