-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Pengurusan / Seksyen Pengurusan Am dan Aset
Objektif

Pengurusan Am
Menentukan pengurusan dan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur dari segi pentadbiran am, keselamatan, perhubungan awam dan protokol.

Menentukan urusan pemantauan penyelenggaraan bangunan dan harta benda Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak berjalan dengan lancar dan teratur.

Aset
Memastikan pengurusan aset alih Kerajaan dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara dan garis panduan yang sedia ada.

Memastikan verifikasi stok dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mengemukakan Laporan Verifikasi ke Kementerian Kesihatan Malaysia selaras sengan Surat Pekeliling Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM Bil 2 Tahun 2001

 
Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti yang cekap, tepat dan penuh tanggungjawab kepada pelanggan kami beteraskan ciri-ciri seperti berikut :-

i.

Layanan yang mesra kepada pelanggan.

ii.

Cepat dan tepat dalam semua tindakan.

iii.

Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi.

iv.

Menepati undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

v.

Adil dan saksama dalam pertimbangan.

 
i. Unit Pengurusan Am

Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sebanyak 4 kali setahun dengan cekap, teratur dan sempurna serta mematuhi masa dan peraturan pentadbiran yang ditetapkan.

Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Mesyuarat Pengarah Negeri Bersama Ketua-Ketua PTJ ( 5 Dalam 1) sebanyak 4 kali setahun dengan cekap, teratur dan sempurna serta mematuhi masa dan peraturan pentadbiran yang ditetapkan.

Memastikan lawatan tetamu rasmi kerajaan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diuruskan
secara cekap, tepat dan teratur serta layanan yang mesra dan sopan santun.

Memastikan urusan penggunaan kenderaan rasmi jabatan diuruskan dengan cekap dan teratur setelah menerima tempahan tiga (3) hari sebelum penggunaan.

Memastikan surat-surat yang diterima dikendalikan / diposkan seperti berikut :-

    i.

Surat pos laju / segera diposkan pada hari yang sama.

    ii.

Surat biasa dipos dalam masa selewat-lewatnya 2 hari.

    iii.

Surat yang diterima diedarkan kepada pegawai dalam masa selewat-lewatnya 2 hari.

Melaksanakan program “Perhimpunan Pagi” sebanyak 12 kali setahun.

Melaksanakan  dengan teratur semua Mesyuarat tetap tahunan seperti yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak

 
ii. Unit Aset
Menyediakan Laporan Suku Tahun, Setengah Tahun dan Laporan Tahunan untuk urusan Aset mengikut tarikh yang ditetapkan
 i.

Laporan Harta Modal & Inventori

 ii.

Laporan Pemeriksaan Harta Modal & Inventori

 iii.

Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

 iv.

Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib

 v.

Laporan Kedudukan Aset Alih Kerajaan

 vi.

Laporan Kebenaran Penerimaan Hadiah

 vii.

Laporan Kedudukan Stok

 viii.

Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor

 viiii.

Laporan Keseluruhan Pengurusan Stor

 x.

Laporan Pelupusan Stok

 xi.

Laporan Kehilangan dan Hapuskira Stok

Memastikan urusan  Permohonan Pelupusan Aset Alih Kerajaan  diluluskan oleh Pengarah JKNS dengan cepat dan efisien:-

 i.

1 bulan untuk permohonan bagi aset dengan nilai perolehan tidak melebihi RM 10,000 setiap satu atau tidak lebih RM 100,000.00 jumlah keseluruhan.

 ii.

5 bulan untuk setiap permohonan bagi aset yang nilai perolehan melebihi RM 10,000.00 seunit

.Mengurus Permohonan Kebenaran Penerimaan Hadiah dalam tempoh 3 bulan dengan permohonan lengkap.

Mengurus dan memproses kehilangan Aset Alih Kerajaan dalam tempoh 6 bulan dengan permohonan yang lengkap.

 
Senarai Tugas - Tugas Pengurusan Am

Sebagai nadi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam melaksanakan pengurusan kewangan Jabatan, kami bertekad untuk menyempurnakan perkhidmatan berikut:-

1.

Memantau dan menyelia urusan penyelenggaraan fail subjek dan fail peribadi jabatan.

2.

Mengurus dan menyelia pengurusan surat-menyurat dan dokumen jabatan.

3.

Mengurus dan memantau surat edaran berkaitan pekeliling serta pekeliling daripada semua badan-badan agensi kerajaan.

4.

Memantau kemudahan tambang percuma.

5.

Memantau dan menyelaras urusan mengendalikan mesyuarat jabatan yang dikendalikan oleh Seksyen Pengurusan Am & Aset.

6.

Merancang dan memantau hal ehwal keselamatan dan sekuriti pejabat.

7.

Memantau dan menyelia dasar-dasar dan polisi keselamatan jabatan.

8.

Memantau dan menyelia urusan permohonan hawa dingin.

9.

Memantau dan menyelaras urusan berkaitan

10.

Khidmat Sokongan Hospital (HSS) dan pegawai pengantara ibu pejabat JKNS.

11.

Merancang dan memantau penyelenggaraan bangunan dan kebersihan ibu pejabat JKN Sarawak

12.

Memantau dan menyelia permohonan talian telefon, faksimili dan telefon bimbit.

13.

Merancang dan memantau permohonan pelbagai  pinjaman serta elaun pindah rumah.

14.

Memantau dan menyelia urusan permohonan pinjaman kerajaan.

15.

Menyelia kaunter-kaunter khidmat pelanggan jabatan.

16.

Merancang dan memantau urusan pentadbiran pejabat am.

17.

Mengurus hal-ehwal tatatertib (Peraturan dan Kelakuan Pegawai Awam 1993) bagi Seksyen Pengurusan Am & Aset.

18. Mengurus hal ehwal Perhubungan Awam, protokol dan logistik (Pejabat Khidmat Pelanggan).
19.

Mengurus da menyelaras tugas-tugas keurusetiaan majlis-majlis JKNS.

20.

Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa

   
Senarai Tugas - Tugas Aset
1.

Menguruskan perihal Aset JKNS.

2. Menyelaras pengurusan aset alih kerajaan di Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak meliputi:-
  a. Penerimaan
  b. Pendaftaran
  c. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
  d. Penyelenggaraan
  e. Pelupusan dan
  f. Kehilangan dan Hapuskira
3.

Mengurus pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat.

4.

Mengurusakan pelupusan aset alih kerajaan.

5.

Menguruskan kehilangan dan hapuskira aset kerajaan.

6.

Menjadi Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Peringkat JKNS.

7.

Menyelaras penyediaan Laporan berikut dari PTJ untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK Peringkat JKN/KKM yang akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh (3) bulan:-

  a.

Harta Modal dan Inventori

  b.

Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori

  c.

Pelupusan Aset Alih Kerajaan

  d.

Tindakan Surcaj/Tatatertib/KAedah Alternatif

  e.

Laporan Pengurusan Stor

  f. Laporan Permohonan Kebenaran Penerimaan Hadiah
  g.

Menguruskan pelupusan stok.

  h. Mengurus kehilangan dan hapuskira stok.
  i. Mengurus perlantikan Pemverifikasi Stor.
  j. Menyelaras Stor Bekalan Alatulis Pejabat (Bah. Pengurusan) JKNSWK.
  k. Menyelaras permohonan penerimaan hadiah.
  l. Kompilasi jadual rancangan perolehan penggantian kenderaan yang telah dilupuskan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Tahunan.
  m. Membantu merancang dan membuat lawatan pemeriksaan/naziran aset ke PTJ-PTJ
  n.

menyediakan dan mengemaskinikan buku log tugasan untuk disemak dan diselia oleh pegawai bertanggungjawab.

8.
    Menyelaras Penyediaan Laporan Tahunan berikut daripada PTJ untuk dikemukakan ke bahagian Perolehan & Penswastaan KKM sebelum 15 Januari tahun berikutnya (supaya pihak KKM dapat kemukakan ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya):-
  a.
    Laporan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-8)
  b.
    Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-12)
  c.
    Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-20)
  d.
    Laporan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih Kerajaan (KEW.PA -33)
  e.
    Laporan Kedudukan Stok (KEW.PA-13)
  f.
    Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stok (KEW.PS-14)
  g.
    Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor (KEW.PS-15)
  h.
    Laporan Tahunan Verifikasi Stor (KEW.PS-16)
  i. 
    Laporan Tahunan Pelupusan Stok (KEW.PS-20)
  j. 
    Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapuskira Stok (KEW.PS-22)
9. 
    Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
   
   
Carta Organisasi
klik untuk gambaran besar
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan