-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Pengurusan / Seksyen Pembangunan dan Perolehan

Sejarah dan Latar Belakang

Aktiviti pembangunan dan perolehan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bermula dengan pengwujudan Seksyen Pembangunan sekitar tahun1970an dan kemudian diikuti tahun 2004 diwujudkan Unit Perolehan. Rancangan Malaysia Ke-5 atau ke-6 yang mana pihak kerajaan pusat dibawah pemantauan pihak KKM mulai telah banyak memberi tumpuan pelaksanaan projek-projek menaiktaraf dari segi fizikal seperti fasiliti-fasiliti, kemudahan dan peralatan kesihatan untuk memperbaiki masalah taraf kesihatan di negeri Sarawak khasnya.

1. Perancangan dan pelaksanaan yang terdiri daripada:
-
Pelaksanaan projek yang diluluskan, dan
-
Laporan kemajuan
2. Operasi dan Penyelidikan
-
Penilaian program dan perkhidmatan
-
Tinjauan dan kajian feasibiliti dan kecekapan operasi
BPP ditubuhkan pada Januari 1972. Ketika itu BPP merupakan salah satu bahagian yang terdapat di bawah KKM. Pada waktu itu BPP berperanan menyediakan khidmat sokongan teknikal bagi proses penggubalan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Rancangan Malaysia Lima Tahun. Bahagian ini telah melalui pelbagai perubahan untuk meningkatkan lagi prestasi agar ianya seiring dengan keperluan Perancangan dan pembangunan sistem kesihatan. Bahagian ini juga menjadi pemangkin kepada penggubalan Pelan Kesihatan Lima Tahun dan menyediakan sokongan teknikal kepada pelaksanaan projek fasiliti kesihatan yang diluluskan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia tersebut.
Semenjak penubuhannya, berdasarkan keperluan fungsi, BPP telah mengalami beberapa perubahan organisasi. Kajian semula organisasi BPP telah mengenalpasti fungsi terkini bahagian yang utama seperti berikut:
-
Perancangan fasiliti/peralatan perubatan dan sistem ICT perubatan
-
Perlaksanaan dan pemantauan projek-projek fizikal
 
Fungsi dan Peranan Unit Pembangunan
i.

Merancang dan mengurus Projek Pembangunan sehingga diluluskan

ii.

Perolehan tanah

iii.

Pelaksanaan Pembinaan Projek yang telah dilulus sehingga projek selesai

iv.

Pemantauan projek yang telah dilulus sehingga projek siap

v. Pemantauan projek-projek naiktaraf, ubahsuai dan pembaikan di bawah BP00600
vi.

Mengurus peruntukan dan pembayaran

 
Fungsi dan Peranan Unit Perolehan
i.

Pengurusan Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja

ii.

Mengurus permohonan pembelian terus untuk kegunaan seksyen / unit di Ibu Pejabat.

iii.

Mengurus permohonan perolehan secara sebut harga untuk seksyen / unit di Ibu Pejabat.

iv.

Mengurus perolehan secara tender untuk PTJ-PTJ di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

v.

Menguruskan perwakilan kuasa perolehan

vi.

Menyediakan laporan perolehan untuk tujuan mesyuarat JPAK, Mesy, Ketua-Ketua PTJ dan sebagainya.

vii.

Pemantauan laporan-laporan perolehan dari PTJ-PTJ

viii Mengurus Kontrak Pusat untuk kegunaan Ibu Pejabat
ix
Penyeliaan pelaksanaan urusan Surat Jaminan Bank/Bon Pelaksanaan
x

Pentadbiran Kontrak

xi. Memberi Khidmat nasihat mengenai perolehan Kerajaankepada PTJ-PTJ yang memerlukan
xii. Memberi latihan kepada PTJ-PTJ berkaitan
   
Aktiviti Semasa : Merancang dan Melaksanakan Projek - Projek Pembangunan
i. Menguruskan perolehan tanah
ii. Merancang projek pembangunan Lima Tahun
iii. Melaksanakan projek pembangunan
iv. Memantau projek pembangunan
  Menguruskan projek-projek naiktaraf dan pembaikan kecil
   
Aktiviti Semasa : Unit Perolehan
i. Mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
ii. Memproses permohonan pembelian terus, sebut harga dan tender.
iii. Pengeluaran surat urusan perolehan.
iv. Menguruskan perwakilan kuasa perolehan.
v. Pengurusan sistem data perolehan.
vi. Penyelarasan perlaksanaan e-Perolehan.
vii. Pengurusan Kontrak Pusat ibu pejabat.
viii. Penyeliaan Pelaksanaan Urusan Surat Jaminan Bank/ Bon Pelaksanaan.
ix. Pentadbiran Kontrak
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan