-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Farmasi / Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak

FARMASI

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI SARAWAK

MISI


Melindungi kesihatan orang awam dan kesejahteraan melalui pengawalan ke atas produk farmaseutikal, kosmetik, bahan kimia dan produk veterinar.

OBJEKTIF


•  Produk farmaseutikal, kosmetik, bahan kimia terkawal dan produk veterinar dikendalikan dan digunakan dengan betul, selamat dan mematuhi undang-undang yang sedia ada.
•    Produk farmaseutikal dan kosmetik adalah selamat, berkesan dan berkualiti.
•    Perkhidmatan dan tindakan undang-undang dijalankan dengan adil, efisien dan efektif.
•    Ahli farmasi menyediakan perkhidmatan yang beretika dan professional.
•    Menyediakan maklumat yang betul, beretika dan sama rata berkenaan ubat-ubatan dan perkhidmatan.
•    Orang awam sedar tentang kebaikan penggunaan ubat-ubatan dan bahan kimia dengan betul dan selamat.
•     Kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain dan orang awam.

AKTA-AKTA YANG DIKUATKUASA OLEH CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI

Terdapat lima akta yang dikuatkuasa:

•    Akta Racun 1952 (Akta 366) dan peraturan-peraturannya
      - Peraturan Racun 1952
      - Peraturan Racun (Natrium Hidroksida) 1978
      - Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989


•    Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan peraturan-peraturannya
      - Peraturan Dadah berbahaya 1952
      - Arahan (Pengecualian Am) (Hospital, etc) Dadah berbahaya 1952


•    Akta Jualan Dadah 1952 (Akta 368) dan peraturan-peraturannya
      - Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984


•     Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371) dan peraturan-peraturannya
      - Peraturan Pendaftaran Ahli Farmasi 2004


•    Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Akta 290) dan peraturan-peraturanya
     - Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

Anda boleh merujuk ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan akta farmasi dan peraturan-peraturannya.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak termasuk:

•    Pelesenan
•    Pemeriksaan
•    Pensampelan
•   Seksyen Pencegahan dan Kesedaran (* English version – protection and awareness section)
•    Penyaringan iklan
•    Aduan dan maklumat
•    Risikan dan operasi
•    Penyiasatan
•    Pendakwaan

Pelesenan

Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen dan mengawal pengimportan, pengilangan, penjualan dan pembekalan racun berjadual, ubat-ubatan dan bahan kimia terkawal di Sarawak yang dikuatkuasa di bawah akta-akta dan peraturan-peraturan seperti dibawah,
Lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 oleh unit ini adalah:

a) Lesen A (untuk ahli farmasi sahaja)
b) Lesen B (untuk pengimportan atau penjualan bahan beracun)
c) Lesen / permit Natrium Hidroksida (permit untuk menjual, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida)

Piagam pelanggan bagi pengeluaran lesen dan permit baru adalah dalam masa 10 hari bekerja daripada tarikh borang lengkap diterima. Manakala bagi pembaharuan lesen racun dan permit adalah dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh borang lengkap diterima.

Pemeriksaan

Aktiviti-aktiviti pemeriksaan termasuk:

• Pemeriksaan pintu masuk kastam
• Pemeriksaan premis

 

a) Pemeriksaan pintu masuk kastam

Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak menyaring dan memeriksa semua pintu masuk kastam termasuk pelabuhan, lapangan terbang, pusat mel, poslaju dan perkhidmatan kurier serta sempadan di setiap bahagian Sarawak. Pemeriksaan fizikal dilakukan di pelabuhan dan gudang untuk memastikan konsainmen yang diimport adalah selaras dengan yang diikrar. Pemeriksaan bagasi penumpang dilakukan di lapangan terbang dan sempadan Sarawak oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi dan Pegawai Kastam. Kerjasama antara Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak dengan kastam, pos dan kurier, inspektor kesihatan dan agensi yang lain diperlukan untuk meningkatkan lagi pengawalan terhadap ubat dan bahan kimia di Sarawak.

b) Pemeriksaan premis

I. Pemeriksaan permit dan premis berlesen dijalankan di premis yang berlesen atau permit yang dikeluarkan oleh Cawangan Pengutakuasa Farmasi Sarawak, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

II. Pemeriksaan premis berdaftar termasuk klinik swasta dan hospital di Sarawak. Aktiviti semasa pemeriksaan termasuk pemeriksaan ubat-ubatan, rekod preskripsi, rekod bahan psikotropik, rekod dadah berbahaya, penyimpanan ubat dan pendispensan ubat.

III. Pemeriksaan rutin dijalankan di semua premis yang terlibat dalam penjualan produk farmaseutikal dan perkhidmatan kesihatan (kecuali premis berlesen dan berdaftar) termasuk kedai ubat, salun, pusat kecantikan, pasaraya, kedai runcit, gerai dan sebagainya.

Pensampelan

Cawangan Penguatkuasa Farmasi Sarawak menjalankan analisa sampel yang diperolehi dari pintu masuk kastam, pasaran tempatan, aduan orang awam dan pemeriksaan untuk memastikan semua produk farmaseutikal dan produk kesihatan adalah selamat untuk digunakan.

Seksyen Pencegahan dan Kesedaran (* English version – protection and awareness section)

Cawangan Penguatkuasa Farmasi aktif dalam membekalkan maklumat kepada pengguna mengenai pengawalan dalam produk farmaseutikal dan produk kesihatan. Disamping itu, orang ramai juga didedahkan dengan risiko mengambil ubat dan kosmetik tiruan. Aktiviti ini dilakukan melalui program seperti seminar, ceramah dan media massa seperti radio, risalah dan poster.

Penyaringan Iklan

Semua iklan yang berkaitan dengan ubat dan perkhidmatan di media (surat khabar, majalah, radio, risalah, katalog dan papan notis) di Sarawak disaring di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

 

Aduan dan maklumat

Cawangan ini menerima aduan dan maklumat daripada orang awam yang berkaitan dengan produk farmaseutikal dan sebarang aktiviti yang melanggar akta dan peraturan farmasi. Tindakan akan diambil dalam masa dua minggu dari tarikh aduan diterima.

Risikan dan operasi

Risikan dan operasi berfungsi untuk mengesan sebarang aktiviti yang melanggar akta dan peraturan farmasi di seluruh Sarawak.

Penyiasatan dan pendakwaan

Pegawai peguatkuasa farmasi menyiasat dan mendakwa kes-kes di mahkamah seksyen dan majistret di Sarawak.

                                                                                                             English Version

Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan