-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Farmasi

 

LATAR BELAKANG PROGRAM FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

Program Perkhidmatan Farmasi  bertanggungjawab untuk memastikan ubat–ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama; agar dapat digunakan secara terapeutik dan berkesan bagi memperbaiki taraf kesihatan dan kualiti hidup orang awam.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak terdiri daripada:
  • Cawangan Pengurusan Farmasi
Program Farmasi memainkan 3 peranan utama iaitu:

i. menyumbang secara terus kepada penjagaan kesihatan dengan menubuh dan melaksanakan sistem pendaftaran bagi produk farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal bagi memastikan kualiti ubat–ubatan dalam negara.

ii.melindungi pengguna dari ubat–ubatan yang berbahaya, iklan ubat yang mempedayakan dan amalan–amalan perubatan yang tidak bertanggungjawab melalui penguatkuasaan akta–akta dan peraturan–peraturan yang berkaitan.

iii.mengoptimakan terapi ubat–ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.

Program Farmasi Negeri diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Farmasi (Amalan dan Perkembangan Farmasi) dan Timbalan Pengarah Farmasi (Penguatkuasa Farmasi).

Ibupejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri terletak bersama dengan bangunan Ibupejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN FARMASI

Membekalkan khidmat farmaseutikal yang terunggul dan menyebarkan kegunaan ubat-ubatan yang sewajarnya.

 
CARTA ORGANISASI
 
Aktiviti
Seminar Peningkatan Perkhidmatan Ke Arah Kecemerlangan JKN Sarawak Bil 1/2013, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak - Presentation Slides / Photo Album

Seminar Peningkatan Perkhidmatan Ke Arah Kecemerlangan JKN Sarawak Bil 2/2013, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak - Presentation Slides / Photo Album

Blue Ocean Strategy
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan