-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Farmasi / Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN  FARMASI

Cawangan Amalan Dan Perkembangan Farmasi mementingkan penggunaan ubat yang  berkualiti, gaya hidup yang sihat dan memberikan perkhidmatan yang inovatif agar dapat  memberikan impak positif dari segi perspektif dan harapan  pesakit.  Pelbagai aktiviti dan sistem pengagihan ubat telah diperkenalkan bagi mengurangkan kesalahan pengubatan, meningkatkan tahap kepatuhan pengubatan pesakit dan mempermudah para pesakit mendapatkan bekalan ubat mereka.

 

FUNGSI UTAMA CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN  FARMASI

1. Menjalankan aktiviti pentadbiran Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

2.Menyelia, membangun dan memperkembangkan perkhidmatan farmasi di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi di seluruh Sarawak.

3. Menyelia dan memantau aktiviti pengurusan kewangan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

4. Menyelaras, memantau, menganalisa dan meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi.

    5. Menyelia sumber manusia di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

6. Memantau keperluan kemudahan dan fasiliti farmasi di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

 
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI

1. a. Penyediaan Perjanjian Program Cawangan Amalan  dan   Perkembangan Farmasi.

b. Penyediaan cadangan permohonan dasar baru dan ’One-Off’ bagi Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

2. Pemantauan pelaksanaan aktiviti-aktiviti farmasi.

3. a. Membantu menyedia dan pemantauan peruntukan belanja  mengurus institusi di bawah jagaan cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

b.Merancang dan memantau perbelanjaan mengurus bulanan untuk Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

4. a. Merancang, menjalankan dan memantau aktiviti inspektorat ke atas institusi di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

b. Pengurusan aduan awam

5. a. Merancang, menjalankan dan memantau pencapaian aktiviti latihan dalam Negeri bagi semua kategori sumber manusia di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

b. Menyemak dan memohon keperluan jawatan bagi semua institusi  di bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi. 

6. Perancangan projek pembangunan, naik taraf dan penambahbaikan fasiliti farmasi di institusi bawah jagaan Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi.

 
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan