-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Farmasi / Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi / Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan Ubat-ubatan
 
PERKHIDMATAN PEROLEHAN DAN BEKALAN UBAT-UBATAN
Objektif Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan Ubat-ubatan adalah untuk menyediakan sistem yang sesuai dan berkesan bagi meningkatkan kecekapan perolehan, penyimpanan, pengagihan dan penggunaan bekalan perubatan, surgikal, farmaseutikal, makmal dan hospital.  Perkhidmatan ini termasuklah Makmal Ubat dan Stor (MUS) di Bintawa, Kuching (berfungsi sebagai Stor Perubatan Negeri dan Stor Perubatan Bahagian Kuching dan Samarahan)  dan 6 Makmal Ubat dan Stor Bahagian (setiap satu di Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei dan Kapit).  Kesemua MUS ini mendapatkan bekalan daripada 2 pembekal iaitu:
i.Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd
ii. Tender dan sebutharga tempatan
 
1. MAKMAL UBAT DAN STOR NEGERI

MUSN mula bertapak  di Hospital Umum Sarawak dan kemudiannya pada tahun 1962, MUSN berpindah ke Tanah Puteh.  Pada tahun 1986, MUSN telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Belian, Biawak sehinggalah sekarang manakala Makmal Analisa dan Farmaseutikal masih kekal di premis yang lama di Tanah Puteh.
Makmal Analisa Farmaseutikal diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke 8 dan mula beroperasi pada 1 April 2001. Makmal Analisa menyediakan perkhidmatan penganalisaan ubat-ubatan dan bahan mentah secara kuantitatif dan kualitatif.
Persediaan Farmaseutikal dari hospital, Klinik Kesihatan dan Makmal Pengeluaran dianalisa untuk pematuhan standard. Sampel pembelian bahan mentah dianalisa untuk pematuhan kualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam tender dan sebutharga. Ianya juga turut mengenal pasti bahan aktif sampel ubat daripada aktiviti penguatkuasa Farmasi untuk melicinkan aktiviti penguatkuasaan.
MUSN  bertanggungjawab untuk  membeli, menyimpan dan mengedar ubat serta membekalkan peralatan pakai buang untuk hospital-hospital kerajaan dan kesemua klinik-klinik  kerajaan seluruh Sarawak. 

 
2. MAKMAL UBAT DAN STOR SRI AMAN
Makmal Ubat dan Stor Sri Aman telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi.  Pada tahun 1974 satu Pasukan dari I.C.O.A.U dan Kementerian Kesihatan meluluskan satu bangunan baru Makmal Ubat dan Stor untuk dibina di Sri Aman dan Stor yang lama diserahkan kembali kepada pihak Hospital Sri Aman.

3.   MAKMAL UBAT DAN STOR SARIKEI

 

4.   MAKMAL UBAT DAN STOR SIBU

 
5.   MAKMAL UBAT DAN STOR KAPIT
 
6.   MAKMAL UBAT DAN STOR MIRI
 

7.   MAKMAL UBAT DAN STOR LIMBANG

 
 
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan