-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Farmasi / Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi / Perkhidmatan Farmasi di Hospital & KK
 
PERKHIDMATAN FARMASI DI HOSPITAL & KLINIK KESIHATAN DI NEGERI SARAWAK
Dengan perlaksanaan perkhidmatan wajib bagi Pegawai Farmasi, bilangan Pegawai Farmasi di seluruh Sarawak telah meningkat dan ini membolehkan perkembangan perkhidmatan farmasi di bidang-bidang baru sementara meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada adalah seperti berikut:
  • Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) di hospital-hospital & klinik-klinik kesihatan
  • Pengurusan terapi ubat-ubatan oleh pegawai farmasi bertauliah dan terlatih bagi pesakit dengan pelbagai jenis penyakit yang mengambil/menggunakan pelbagai jenis ubat. Pesakit akan diberikan informasi dan khidmat nasihat bagi mengurus terapi ubat-ubatan mereka supaya taraf kesihatan dapat dikekalkan atau ditingkatkan serta mengelakkan atau mengurangkan masalah berhubungkait dengan ubat-ubatan
  • Jenis MTAC yang sedia ada adalah seperti MTAC Diabetes, Warfarin, HIV, Respiratori dan Kegagalan buah pinggang.
  • Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP 1Malaysia)
  • Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP 1Malaysia) ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia diperkenalkan pada tahun 2010 dan merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang boleh dipilih pleh pesakit yang memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan. 
  • Perkhidmatan Farmasi 24 Jam & ‘Extended Hours’
  • Dengan penambahan sumber manusia farmasi, perkhidmatan ini telah diperkenalkan di beberapa klinik & hospital dengan beban kerja yang tinggi agar perkhidmatan farmasi dapat ditambahbaikan.
  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Satu sistem pembekalan ubat-ubatan melalui preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.
  • Kempen ‘Go Green’ - Ke Arah Bumi Hijau – Tanpa Beg Plastik Di Farmasi
  • Objektif kempen ini adalah:

Umum - untuk mengurangkan dan seterusnya memansuhkan pemberian beg plastik di semua fasiliti farmasi KKM.

Khusus - i-     Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pemeliharaan/ pemuliharaan alam sekitar dengan pengurangan penggunaan beg plastik.

ii-   Menyokong usaha kerajaan ke arah menyelamatkan alam sekitar.

iii-  Memelihara dan menjamin tahap kesihatan rakyat Malaysia.

  • Perlaksanaan “Ke Arah Bumi Hijau – Tanpa Beg Plastik Di Farmasi” akan dilaksanakan sepenuhnya bermula dari 1 Januari 2012. Para pesakit tidak akan diberikan beg plastik untuk ubat-ubatan mereka, sebaliknya mereka digalakkan untuk membawa beg masing-masing. Budi bicara anggota farmasi diperlukan di sini dalam menentukan pesakit yang perlu dibekalkan dengan beg bagi kes-kes yang tertentu.
  • Kempen Pemulangan Ubat-ubatan
  • Para pesakit digalakkan untuk memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunapakai bagi mengelakkan kesalahan penggubatan, menjamin keselamatan pesakit, mengurangkan pembaziran ubat.  Ubat-ubatan yang tidak dapat dikitar semula akan dibuang dengan cara yang selamat.
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan