-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Pembangunan Kesihatan Keluarga / Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN MATERNAL DAN PERINATAL

 
Perkhidmatan yang disediakan dalam Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak termasuk jagaan kesihatan ibu mengandung dan selepas bersalin; immunisasi kanak-kanak; penilaian tahap pemakanan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak; makanan tambahan; pendidikan kesihatan dan perancangan keluarga.
 
Penjagaan Antenatal
Liputan antenatal pada tahun 2010 adalah 87.26%. Imunisasi Anti tetanus toksoid (ATT) bagi ibu mengandung telah meningkat daripada 87.89% pada tahun 2010 kepada 92.14% pada tahun 2011.
 
Kadar Kematian Ibu
Rajah 1 menunjukkan tren kematian ibu dari tahun 2007  hingga 2011. Kadar kematian ibu menunjukkan penurunan yang ketara. Pada tahun 2011,seramai 26 kematian ibu telah dilaporkan dan diklasifikasikan secara “direct dan indirect”. Penyebab kematian secara langsung berpunca daripada perdarahan PPH, pulmonary oedema dan eklampsia manakala secara tidak langsung adalah disebabkan daripada penyakit jantung, Eisenmerger`s syndrome dan pulmonary haemorrhages due to SLE. Sebanyak 11 kematian adalah fortuitous dan 3 kes “unknown”. Beberapa langkah telah diambil oleh ahli jawatankuasa negeri untuk mengurangkan kadar kematian pada masa yang akan datang.

Tahun

Kadar/100,000 ELB  (Tanpa bukan warganegara)

2007

59.1

2008

38.0

2009

26.0

2010

21.3

2011

19.9

 
Kadar Kematian Bayi dan Kanak-Kanak
Rajah 2 menunjukkan tren kematian bayi dan kanak-kanak dari tahun2010 hingga 2011. Kadar kematian bayi telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2011. Peningkatan ini lebih ketara di daerah Belaga iaitu dari 15.5 /1000 ELB kepada 28.5/1000ELB. Daripada 31 buah daerah, hanya daerah Bau, Song, Selangau dan Meradong dibawah sasaran 5.2/1000ELB manakala yang lain telah melepasi sasaran yang ditetapkan.

Bagi kematian dibawah 5 tahun, semua daerah kecuali daerah Song telah menunjukkan peningkatan kadar kematian kanak-kanak dibawah 5 tahun dari sasaran 5.5/1000ELB. Hasil Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Bahagian dan Negeri, punca kematian yang ketara adalah “Failure to appreciate severity, failure in referring abnormality detected, inadequate management of medical problems and lack of skill and knowledge in discharging duty. Walaubagaimana pun, beberapa langkah telah dikenalpasti bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut.

Kadar Kematian Bayi
Kadar Kematian Kanak-Kanak di bawah 5 Tahun
(Target 5.2/1000 ELB)
(Target 5.5/1000ELB)

Tahun

Kadar 1000/ELB

2010

6.69/1000 ELB

2011

8.3/1000 ELB

Tahun

Kadar 1000 ELB

2010

8.05/1000 ELB

2011

9.53/1000 ELB

   
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan