-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Pembangunan Kesihatan Keluarga / Program Kesihatan Wanita
 
Aktiviti utama adalah saringan kanser serviks, perancang keluarga, pencegahan kanser payudara dan aktiviti berkaitan dengan kesihatan reproduktif dan gender. Perkhidmatan saringan kanser serviks dan perancangan keluarga boleh didapati di hampir kesemua klinik kesihatan diseluruh negeri Sarawak. Di Sarawak saringan pap smear pada tahun 2011 adalah 57856 . Dengan anggapan bahawa nilai ini mewakili bilangan wanita yang disaring, ia adalah 19.5% daripada anggaran wanita yang layak bagi setahun. Walau bagaimanapun, liputan wanita berumur 50 ke 65 tahun yang merupakan mereka yang berisiko tinggi masih lagi rendah, iaitu dianggarkan 21.5% daripada semua wanita yang layak membuat pemeriksaan bagi kumpulan umur ini. Peratus slaid yang tidak memuaskan adalah 2.41% bagi tahun 2011. Kadar smear positif bagi tahun 2011 adalah 0.94%. Setara dengan piawaian antarabangsa, Borang Permohonan Pap Smear dan Laporan Sitologi telah disemak semula untuk menepati Bethesda Classification 2001, dan diguna oleh semua fasilitikerajaan pada tahun 2008. Sejumlah 4,000 unit carta flip berkenaan pap smear telah dicetak dan diedarkan ke semua klinik-klinik kesihatan.
 
Terdapat sejumlah 11270 penerima perancang keluarga yang baru didaftar pada tahun 2011 di Klinik Kesihatan diseluruh negeri Sarawak.. Kaedah kontraseptif yang paling popular adalah pil perancang keluarga (71.7%) diikuti dengan suntikan progestogen-only  (19.1%), kondom lelaki (5.8%) dan alat dalam rahim (0.5%). Garispanduan amalan perancang keluarga yang berkesan dikalangan pelanggan berisiko telah diperkenalkan pada Ogos 2007 dengan tujuan sebagai salah satu tunggak ‘safe  motherhood’.Fokus kepada semua wanita berisiko pada umur subur.
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan