-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Pembangunan Kesihatan Keluarga / Perkhidmatan Kesihatan Remaja

 

Perkhidmatan kesihatan remaja mula dijalankan di Malaysia pada tahun 1996. Di Sarawak perkhidmatan ini mula dilaksanakan pada tahun 2006. Sekarang semua klinik kesihatan diwajibkan menyediakan perkhidmatan ini. Sehingga penghujung tahun 2011 sebanyak 108 buah klinik kesihatan telah menyediakan perkhidmatan ini.

 
SKOP PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA DI KLINIK KESIHATAN

Skop perkhidmatan kesihatan remaja di klinik kesihatan meliputi aspek promosi, pencegahan, saringan, kaunseling, perawatan dan rujukan. Skop perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Kesihatan Pertumbuhan Dan Perkembangan.
  • Perkhidmatan Kesihatan Pemakanan
  • Perkhidmatan Kesihatan Mental
  • Perkhidmatan Kesihatan Seksual dan Reproduktif
  • Perkhidmatan Kesihatan Tingkahlaku Berisiko
  • Perkhidmatan Kesihatan Fizikal
 
Pada tahun 2011 seramai 31,415 remaja telah disaring. Seramai 193 orang kakitangan kesihatan yang terdiri dari Pakar Kesihatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat dari seluruh bahagian dan daerah di Sarawak telah dilatih sebagai fasilitator untuk melaksanakan program ini
 
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan