-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Seksyen Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar
 
PENGENALAN
Seksyen Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada mulanya ia terdiri daripada 9 PPKP, dan pada tahun 2012 jumlah ahli kakitangan terdiri daripada 1 KPP, 1PPKPK U36, 2 PPKPK U32, 1 KJK U36 dan 34 PPKP U29 orang.
 
Objektif utama seksyen ini adalah:-
i.
Mempromosikan aspek kesihatan & keselamatan di semua kemudahan kesihatan
ii.
Memberikan perkhidmatan keselamatan & kesihatan pekerjaan di semua kemudahan
   
Seksyen ini terdiri daripada 2 komponen :-
i.
Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan
ii.
Unit Kesihatan Alam Sekitar
   
UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
Objektif Utama:-
i.
Mempromosi dan memastikan tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial kakitangan kesihatan awam sentiasa diutamakan
ii.

Memberikan khidmat ’ Surveilance Kesihatan’ di kalangan anggota kesihatan.

iii.
Mermberikan maklumat berkenaan keselamatan & kesihatan serta latihan kepada anggota kesihatan
iv.
Menjalankan audit keselamatan & kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan.
   

Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA 1994) dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan (DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Bagi mematuhi akta ini, merupakan keperluan perundangan. Unit Kesihatan & Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini menjalankan program seperti berikut:-

1.
Program Survelan Alatan Tajam
2.
NADOOPOD @ Notifikasi Kemalangan, Kecederaan Pekerjaan, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan
3.
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan
4.
Program QA untuk Alatan Tajam
5.
Program Vaksinasi Hepatitis B untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
6.
Program Saringan Kesihatan untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
7.
Program Latihan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan.
8.
Audit Keselamatan & Kesihatan di fasiliti kesihatan
   

Buat masa ini, perkhidmatan ini ditawarkan kepada kakitangan kesihatan dan kami merancang akan meluaskan lagi perkhidmatan ini kepada pihak awam terutamanya promosi kesihatan di tempat kerja & surveilan kesihatan. Penubuhan Klinik Pekerjaan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa merupakan satu langkah ke arah rancangan tersebut.

 

UNIT KESIHATAN ALAM SEKITAR

Matlamat serta Objektif Utama Unit Kesihatan Alam Sekitar ini adalah untuk:-
 
Mempromosikan kesihatan persekitaran dengan mengenalpasti, menilai dan menambah-baik persekitaran melalui promosi kesihatan, perlindungan & pencegahan penyakit yang berhubung-kait dengan persekitaran.
 
Pada masa ini, tugas utama Unit ini adalah membuat penilaian risiko di pelbagai institusi termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Penjara dan depot tahanan. Unit ini juga bekerjasama dengan  Unit CPRC dalam mengendalikan bencana alam seperti jerebu, banjir dan tanah runtuh.
 
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak kami :
 

Seksyen Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak,
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako,
93050 Petra Jaya,
KUCHING.

Tel: 082-473200
Fax: 082-442941

 
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan