-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Seksyen Promosi Kesihatan
 
1. Pendahuluan
   
Program promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan radikal yang menekankan kepada aspek kesejahteraan sosial,  ekonomi  dan kesejahteran kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat.
 
Selain itu, dalam promosi kesihatan juga menekankan aspek kesihatan yang positif, dimana setiap individu perlu mengambil tindakan positif atau berusaha atau memainkan peranan dalam menjaga kesihatan, memastikan mereka sihat, tidak dijangkiti penyakit dan bukan semata-mata hanya memberi respon terhadap tanda penyakit yang mereka alami.
 
Program Promosi kesihatan menggunakan  pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah bagi membantu dan menggerakkan  Individu atau masyarakat mengekalkan tahap kesihatan dan menjaga kesihatan mereka.   Sehubungan dengan itu setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti promosi kesihatan.
 
Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio-ekonomi dan persekitaran.  Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu, kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke arah amalan gaya hidup yang sihat.
 
2. Visi
 
Seksyen Promosi Kesihatan Negeri Sarawak akan beroperasi sebagai satu seksyen yang memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif, yang perlu diamalkan oleh setiap kumpulan sasar.
 
3. Misi
 
3.1 Komited untuk memberi perkhidmatan promosi kesihatan dan   pendidikan pesakit yang berkesan kepadasetiap kumpulan sasar dan pesakit     ke arah perubahan atau amalan tingkahlaku kesihatan yang positif.
   
3.2
Sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana atau persekitaran yang   menyokong ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif bagi    mencapai kualiti hidup yang tinggi.
   
3.3
Menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan dan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti dengan mengembelingkan elemen-elemen ICT.
   
4. Objektif Program
   
Objektif utama program Promosi kesihatan adalah meningkatkan tahap kesihatan masyarakat menerusi perubahan sikap dan amalan tingkahlaku kesihatan untuk memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha masyarakat.
 
Aktiviti promosi kesihatan  bukan sahaja untuk mencegah jangkitan penyakit atau keadaan tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan promosi kesihatan ialah mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.
 
5. Objektif Khusus
   
5.1 Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan.
   
5.2
Mewujudkan kesedaran untuk memperbaiki kesihatan dan langkah-langkah pencegahan penyakit di kalangan msyarakat.
   
5.3
Menyedarkan orang ramai terhadap perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang ada supaya menggunakan dengan sepenuhnya dan sebaik-baiknya.
   
5.4
Menyedarkan orang ramai supaya menghargai kesihatan dan bertanggungjawab menjaga kesihatan masing-masing.
   
6. Struktur Organisasi Seksyen Promosi Kesihatan
   

Seksyen Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan) S 52 yang dibantu oleh dua orang Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan) S 44 dan 9 orang anggota lain yang terdiri daripada Seorang Penolong Pegawai Persekitaran, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pereka., seorang Ahli Fotografi, seorang Pembantu Penerbitan , dua orang Pemandu dan seorang Pekerja Rrendah Awam.

 
Di samping itu terdapat 2 orang Pegawai Promosi Kesihatan S 48 di Hospital Umum Sarawak dan Pejabat kesihatan Bahagian Kuching. Seorang Pegawai Promosi Kesihatan S44 di Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan. Manakala terdapat 7 orang Pegawai Promosi Kesihatan S 41 Di Pejabat Kesihatan Bahagian Seri Aman, Betong, Sarekei, Bintulu, Kapit, Mukah dan Limbang
 
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan