-->

1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kesihatan Awam / Program Kejuruteraan Kesihatan Awam
 
Program Kejuruteraan Kesihatan Awam merangkumi Lima program kecil, iaitu Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar, Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM), Perlindungan Kesihatan Persekitaran, Keselamatan Rediasi dan Kerja Kejuruteraan Awam Kecil.
 
rogram Sanitasi Persekitaran Luar Bandar merangkumi Bekalan air dan Sanitasi Luar Bandar. Cara membekal air bersih yang murah bagi penduduk luar Bandar iaitu Bekalan Sistem Paip Graviti, Tangki Tadahan Air Hujan, Pam Mekanikal, Telaga Tiub dan sambungan paip pihak berkuasa  air (SPBA). Program Sanitasi pula merengkumi membekal kepada penduduk luar Bandar tandas sanitari jenis “Pour Flush” serta tangki septic, saliran air limbah dan pembuangan sampah sempurna dikawasan luar Bandar dan Bandar. Liputan bekalan air bersih serta untuk tandas sanitari meliputi 95% penduduk luar Bandar Sarawak sejak bermula program ini pada tahun 1961. Konsep Kampong Sejahtera di perkenalkan pada tahun 1997 juga di serap ke dalam program ini. Oleh yang demikian program ini adalah untuk meningkatkan secara keseluruhannya sanitasi persekitaran luar Bandar.
 
Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) diperkenalkan pada tahun 1986, untuk mengawal kualiti air terrawat yang dibekalkan oleh pihak pembekal air dikawasan Bandar dan separa-bandar. Kerja pengawasan kualiti air ini dijalankan oleh pihak Kesihatan dengan kerjasama pihak pembekal air.
 
Peka terhadap Persekitaran, maka terbentuklah Unit Perlindungan Kesihatan Persekitaran yang menjalankan kerja-kerja penyiasatan terhadap pembakaran terbuka, kerja pengawasan terhadap kualiti udara dalam fasiliti Kesihatan, Kementerian Kesihatan, memeriksa dan menyemak laporan “Environmental Health Impact” Assessment Report” menyiasat Aduan Awam terhadap semua pencemaran, termasuk pencemaran air.
 
Keselamatan dan Radiasi adalah satu komponen penting dalam program ini. Unit ini lebih menjurus kepada kawalan terhadap radiasi “ionizing & non-ionizing” daripada peralatan mesin x-ray, tiang menara telekominikasi serta pencawang letrik bervoltan tinggi dan sebagainya.
 
Program ini juga terlibat dalam kerja-kerja kecil Kejuruteraan Awam  seperti membuat pembaharuan atau pembaikan kecil terhadap fasiliti Kesihatan di luar.
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan