1Govuc Webmail

Program

Perkhidmatan

Web Mobile

Web Mobile

Sudut ICT

Login

Id pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Home / Program / Kejururawatan
 
VISI PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN NEGERI SARAWAK
 
  • Bersama – sama menggembeleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisma kejururawatan
 
MISI
 
  • Memajukan profesyen kejururawatan ke tahap nilai yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
  • Mengurus isu – isu kejururawatan secara konstruktif dan produktif
  • Menambahbaik dan mengekal piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan
 
OBJEKTIF SEKSYEN KEJURURAWATAN
 
  • Untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat negeri Sarawak melalui perkhidmatan kejururawatan yang terancang dan berkualiti tinggi.
 
CARTA ORGANISASI
 
SKOP TUGAS :
 
1. Tugas Klinikal dan Penguatkuasaan
  • Memantau perlaksanaan perawatan kejururawatan di hospital dan klinik.
  • Mempermudahkan pendaftaran mandatori Jururawat dengan Lembaga Jururawat Malaysia atas keperluan Akta Jururawat (1950) dan Peraturan Pendaftaran 1985 dan Akta Bidan 1966 (Pindaan 1990)
  • Mengkoordinat ‘Continuous Professional Development Programme’ (CPD)
  • Penguatkuasaan ‘Code of Professional Conduct for Nurses’ di Hospital dan Klinik, penggunaan ‘Standard Operating Procedure’ dan ‘Clinical Practice Guideline’
  • Perlaksanaan perawatan kejururawatan yang terbaik melalui perancangan keperluan teknologi biomedikal dan kemajuan separa kepakaran
 
2. Pengurusan dan Pemantauan
  • Pengagihan staf ke Hospital dan Klinik mengikut keperluan setiap institusi
  • Menjaga kemajuan kerjaya dan kebajikan semua Jururawat.
  • Mempastikan Jururawat patuh pada ‘Standard’ Kejururawatan
 
3. Kawalan Kualiti/ Kawalan Infeksi
  • Merancang, mengkordinat dan mengawasi perlaksanaan Audit Kejururawatan Kebangsaan di semua Hospital dan Klinik.
  • Menganalisa dan Menilai pencapaian ‘National Nursing Indicator Approach’ di semua Hospital
  • Mengkordinat aktiviti – aktiviti kawalan infeksi di Hospital dan Klinik.
 
4. Latihan
  • Mengawasi perkembangan kerjaya dan kemajuan Jururawat menerusi Latihan, Kursus Dalaman dan Penyelidikan
  • Merancang dan mengkordinat Latihan untuk Jururawat di Hospital dan Klinik
  • Mengenalpasti calon untuk Latihan Diploma Lanjutan Jururawat
  • Merancang dan mengkordinat Penyelidikan Kejururawatan di Hospital dan Klinik
  • Menganjur Konferen Kejururawatan, Seminar dan Bengkel
 
Pengagihan Jururawat Mengikut Kategori dan Program, Sarawak sehingga April 2013
 
Kategori
Program Hospital
Program Kesihatan Awam
Jumlah
JT Gred U29 – U44
3780
811
4591
JM Gred U19 – U26
1614
1344
2958
Penolong Jururawat Gred U11-U14  
7
 
0
7
Bidan Gred U11 – U14
0
0
0
JUMLAH
5401
2155
7556
       
JADUAL AKTIVITI TAHUN 2013
     
Aktiviti
Tarikh 
Tempat
Anjuran
Sarawak Cold Chain Study Januari - Jun 2013 Klinik Kesihatan & MUSB di Sarawak Seksyen Kejururawatan (Kesihatan Awam) & Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Taklimat Untuk Jururawat Terlatih U29 Lantikan Baru (IPTS)  15 Januari 2013 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Seksyen Kejururawatan & Sumber Manusia
Lawatan Penyeliaan 16 - 18 Januari 2013 Pusat Agape Sibu, PKB Sarikei, K1M Jakar & KD Bayong Seksyen Kejururawatan (Kesihatan Awam)
Lawatan Pemantauan dan Penyeliaan Kejururawatan Februari 2013 Hospital Umum Sarawak Seksyen Kejururawatan, JKN Sarawak (Perubatan)
Mesyuarat Teknikal Bil. 1/2013 5 -7 Mac 2013 Bahagian Mukah Seksyen Kejururawatan, JKN Sarawak                                            (Perubatan & Kesihatan Awam)
Lawatan Pemantauan dan Penyeliaan Kejururawatan Mac 2013 Hospital Mukah, Hospital Daro & Hospital Dalat Seksyen Kejururawatan, JKN Sarawak (Perubatan)
Lawatan Pemantauan dan Penyeliaan Kejururawatan  April 2013 Hospital Lundu Seksyen Kejururawatan, JKN Sarawak (Perubatan)
Taklimat Untuk Jururawat Masyarakat U19 Lantikan Baru (Semenanjung Malaysia & Sabah) 1 April 2013 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Seksyen Kejururawatan & Sumber Manusia
Persidangan Kesihatan 2013 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak 17 - 19 April 2013 Hotel Parkcity Everly, Miri Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Lawatan Pemantauan dan Penyeliaan Kejururawatan 21 - 22 Mei 2013 Hospital Betong & Hospital Sri Aman Seksyen Kejururawatan, JKN Sarawak (Perubatan)
Prepare to print

qrcode

CARIAN

AGENSI JKNS & KKM

Perkhidmatan Atas Talian

Pautan