Home / Perutusan Pengarah


pengarah

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Terlebih dahulu, sekalung perhargaan saya ucapkan kepada Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi di atas kejayaan membangunkan laman web jabatan ini. Syabas juga saya ucapkan kepada pihak dari bahagian dan unit lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan maklumat untuk menjadikan laman web ini lebih interaktif dan dinamik.

Laman web ini dibangunkan untuk memberi maklumat kepada masyarakat umum tentang struktur organisasi dan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak secara lebih efektif. Ia adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan informasi disampaikan dengan pantas, jitu dan berkesan. Oleh yang demikian, produktiviti dan kredibiliti warga jabatan kita akan dapat dipertingkatkan.

Dengan itu, diharap matlamat pembangunan laman web ini akan tercapai dan segala cadangan serta komen yang ingin disampaikan untuk meningkatkan kualiti laman web adalah amat dialu-alukan.

Akhir kata, diharap pembangunan laman web Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ini dapat menjadi pemangkin dalam merealisasikan motto jabatan iaitu 'PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA.'

Sekian, terima kasih.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak


Portal Rasmi : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

http://jknsarawak.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/?tac=5