Home / Program / Kesihatan Awam / Pembangunan Kesihatan Keluarga / Penjagaan Kesihatan Primer


 

PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER (PRIMARY HEALYTH CARE)

 
Aktiviti utama dalam penjagaan kesihatan Primer adalah penjagaan kesihatan melalui
 
1.
Rawatan Pesakit Luar (Akut dan Kronik) di Klinik Kesihatan dan institusi seperti Depo tahanan sementara dan PLKN
   
2. Saringan wellness dikalangan remaja, warga dewasa dan warga emas.
   
3. Mewujudkan Perkhidmatan kecemasan secara jaringan dengan hospital
   
4.
Perkhidmatan Kesihatan Primer untuk golongan terpinggir melalui K1Malaysia dan Perkhidmatan Kesihatan bergerak.
   
5.
Melibatkan komuniti dalam kesihatan Primer melalui penglibatan wakil kesihatan kampong dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan
   
6.
Mewujudkan infrastruktur dan infostruktur bagi tujuan pemantauan perkhidmatan dan perancangan strategik
   
Objektif Perkhidmatan:
 
1.
Memperkukuh dan mengintigrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit,pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi penyakit melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti
   
2.
Memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta kearah penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan
   
3.
Merancang dan mengurus keperluan dan perkembangan anggota selaras dengan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer
   
4.
Merancang dan mengawal selia perkhidmatan sokongan teknikal bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan primer
   
5.
Membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, komprehensif dan berkualiti secara berterusan tanpa sempadan melalui ICT serta menyediakan perkhidmatan kepakaran berdekatan dengan tempat tinggal
   
6.
Bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam pengunaan system teknologi maklumat untuk memperkasakan komuniti di peringkat penjagaan kesihatan primer
   
Terminologi
 
1.
Klinik Kesihatan  dikategorikan kepada KK Jenis 1, 2 3 4 5 dan 6. Ia dikategorikan mengikut skop perkhidmatan dan jumlah populasi dalam lingkungan kawasan operasi.
   
2.
Klinik Ibu dan Anak  adalah fasiliti yang member perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak di dalam kawasan bandar
   
3.
Klinik Desa adalah fasiliti di luar bandar yang memberi perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak sahaja. Klinik ini dikendalikan oleh Jururawat Masyarakat.
   
4.
Perkhidmatan Kesihatan bergerak adalah perkhidmatan kesihatan yang  digerak melalui sungai, jalan darat dan Udara  untuk golongan terpinggir yang mendiami kawasan pendalaman.
   
5.
Klinik 1 Malaysia adalah klinik yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada golongan terpinggir di bandar. Klinik ini dibuka pada pukul 1000 pagi hingga 2200 malam.
   
6.
Wakil Kesihatan kampong adalah sukarelawan kesihatan yang dipilih oleh komuniti setempat dan dilatih oleh jabatan kesihatan Sarawak  mengenai  aspek  asas kesihatan untuk membantu jabatan kesihatan dalam pengesanan awal dan rujukan pesakit dari kampong kampong di kawasan mereka keklinik kesihatan.

Portal Rasmi : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

http://jknsarawak.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/?tac=86