Home / Program / Perubatan / Unit Penolong Pegawai Perubatan Negeri


 
Latar Belakang
 
Unit Penolong Pegawai Perubatan Negeri telah beroperasi sejak lama dahulu. Namun ianya tidak wujud sebagai sebuah unit tersendiri tetapi digabungkan dalam Bahagian Perubatan. Bermula dari tahun 2010, pemakaian gelaran unit Penolong Pegawai Perubatan (unit PPP) telah mula dilaksanakan dan ianya wujud dari segi pentadbiran sahaja. Perbelanjaan dan lain-lain peruntukan masih tertakluk kepada Bahagian Perubatan. Sebelum tahun 2005, unit PPP hanya dianggotai oleh seorang PPP iaitu Ketua PPP Negeri. Seiring dengan pertambahan beban kerja, unit PPP turut menambah bilangan anggota. Seorang PPPK telah diambil untuk membantu tugas KPPP pada penghujung tahun 2005 dan seterusnya dua lagi jawatan PPP diwujudkan di unit ini bagi melancarkan lagi fungsi-fungsi unit PPP. Sejarah tercipta apabila unit PPP Negeri Sarawak telah mendapat peruntukan jawatan PPP gred U44 sebagai Ketua PPPNegeri. Dengan lulusnya peruntukan jawatan tersebut, maka Sarawak adalah antara negeri pertama yang mendapat jawatan KPPP negeri dengan gred U44. Dua lagi jawatan yang serupa telah diluluskan untuk Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Objektif-Objektif
 
Tujuan utama pengwujudan unit PPP ini adalah bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan profesyen PPP. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan bagi memudahkan urusan-urusan lain yang secara tidak lansung ada kaitan dengan unit PPP tetapi berkaitan dengan bahagian Perubatan mahupun JKNS secara keseluruhannya.
 
Peranan Unit Penolong Pegawai Perubatan
 
Secara umumnya, unit PPP Negeri terbahagi kepada tiga seksyen dan setiap seksyen mempunyai tugas dan peranan yang tersendiri. Seksyen-seksyen tersebut adalah seperti berikut :
 
i. Seksyen Dokumentasi
Seksyen Dokumentasi diketuai oleh Encik Haji Janie Bin Mohd Jalil dan beliau dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Tenain.
Tugas-tugas seksyen ini ialah :
a. Menyimpan maklumat terkini PPP yang bertugas di Sarawak.
b. Kompilasi anggaran belanjawan mengurus ( ABM) bagi bahagian perubatan.
c. Urusan berkaitan dengan laporan perjawatan dan Lembaga Pembantu Perubatan
d. Statistik Beban Kerja
e. Merekod dan mengurus pertukaran PPP
f. Disiplin dan Tatatertib PPP
g. Perolehan dan Aset untuk unit PPP
   
ii. Seksyen Latihan, Kajian dan Pembangunan
 
Seksyen ini diketuai oleh Encik Mohd Taisin Hassan dan dibantu oleh Encik Abdul Ghafar bin Salleh dan peranan seksyen ini ialah
a. Terlibat dalam proses pemilihan calon-calon untuk kursus pos basik serta menyimpan data-data PPP dan kursus pos basik mereka.
b. Mengelolakan kursus-kursus dan mesyuarat untuk PPP
c. `Credentialing dan Priveleging’ untuk PPP
d. Menguruskan Program Penempatan Wajib bagi PPP yang baru.
   
iii. Seksyen Klinikal dan Khidmat Sokongan Perubatan
 
Seksyen ini pula diketuai oleh Encik Mohd Iskandar Abdullah dan dibantu oleh Encik Mohd Taisin Hassan. Peranan seksyen ini dapat dinyatakan seperti berikut :
a. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan audit profession
b. MYCPD
c. Penyeliaan
d. EDET
e. Penyediaan Pasukan Perubatan dan Kecemasan
   
Selain daripada peranan dan tugas yang tercatat seperti diatas, terdapat lagi lain-lain tugas yang memerlukan penglibatan daripada unit PPP dan ianya adalah tertakluk kepada arahan semasa daripada pihak atasan.

Portal Rasmi : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

http://jknsarawak.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/?tac=88