LATAR BELAKANG JABATAN
Subkepakaran urologi merupakan salah satu cabang direktorat surgery di mana ianya mengkhusus kepada system Genitourinari. Jabatan Urologi, PJS adalah jabatan kecil yang diurustadbir oleh perkhidmatan Urologi dibawah Program Urologi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Perkhidmatan Urologi di PJS telah dimulakan sepenuhnya pada September 2016. Ini adalah dengan pewujudan Wad Urologi, Klinik Pesakit Luar Urologi dan operasi sepenuhnya Pembedahan Urologi di Dewan Bedah PJS. Secara amnya penekanan diberikan kepada kes batu karang dan Kesihatan Lelaki(Men’s Health). Sehingga kini, Jabatan Urologi, Pusat Jantung Sarawak menjadi hospital rujukan bagi kes yang berkaitan dari seluruh hospital di Negeri Sarawak.
FUNGSI/PERKHIDMATAN
Sepertimana Jabatan yang lain, Jabatan Urologi menawarkan perkhidmatan perubatan sepenuhnya kepada pesakit yang memerlukannya. Jabatan Urologi di Pusat Jantung Sarawak menawarkan semua perkhidmatan seperti jabatan yang lain. Ianya merangkumi:
- Untuk menyediakan kepakaran rawatan perubatan dan pembedahan secara professional kepada semua pelanggan dengan masalah genitourinary termasuk:
- Pesakit dalam di Wad Urologi(6 katil rasmi)
- Pesakit luar di Klinik Urologi
- Semua kes yang dirujuk dari Klinik yang berkenaan
- Semua kes yang dirujuk dari Hospital yang berkenaan
- Menawarkan pelan rawatan invasif dan bukan invasif untuk semua pesakit kami yang menjalani pembedahan urologi.
- Bertindak selaku pusat rujukan bagi pelanggan dalam dan luar, menyediakan program latihan yang berterusan dan turut mengambil bahagian dalam kepentingan antara disiplin.
- Untuk mengekalkan perkembangan professionalisma kendiri dan penyelidikan berasaskan bukti.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan
- Klinik Pesakit Luar Urologi
- Klinik Impoten
- Wad Urologi
- Rawatan Pembedahan Harian Urologi(Daycare Surgery)
- Rawatan Pembedahan Major Urologi
- Rawatan Pembedahan vascular akses untuk dialysis
- Rawatan ESWL
- Penyiasatan endoskopi.
- Pengimbasan dan biopsi prostate(Trans-Rectal Prostate Scanning)
Waktu Klinik/ Waktu Operasi
Hari | 8.00-13.00 | 13.00-14.00 | 14.00-17.00 |
Isnin | PEMBEDAHAN HARIAN | ||
Selasa | Klinik Pesakit Luar | - | TRUS & Biopsy Prostate |
Rabu | PEMBEDAHAN UTAMA | ||
Khamis | Klinik Pesakit Luar | - | Endoscopy |
Jumaat | Klinik Impoten | - | Vaskular akses |
Maklumat Wad
Wad Urologi bertempat di Level 7, Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan. Buat masa ini ianya hanya menempatkan 6 buah katil untuk pesakit.