Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi bertanggungjawab bagi memastikan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui Amalan Farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Sarawak supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negeri-negeri lain.

Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi terdiri daripada beberapa komponen iaitu:

  1. Farmasi Klinikal & Formulari
  • Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan penjagaan farmaseutikal seperti kaunseling ubat-ubatan, MTAC dan perkhidmatan farmasi klinikal di fasiliti KKM bagi memastikan penyediaan, pembekalan dan pendispensan ubat yang tepat dan selamat kepada pesakit.
  • Memantau penggunaan ubat-ubatan di hospital dan klinik kesihatan KKM.

2. Prestasi Dan Standard Farmasi

  • Menggalak dan menambahbaik kualiti Perkhidmatan Farmasi menerusi program Quality Assurance (QAP), Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF), aktiviti penyeliaan, Piagam Pelanggan dan program-program peningkatan kualiti lain yang dijalankan di peringkat negeri.

3. Pengurusan Farmasi Logistik

  • Memantau prestasi perkhidmatan oleh syarikat konsesi dan pembekal kontrak pusat dalam pembekalan ubat dan bukan ubat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor institusi KKM iaitu Cawangan Farmasi Logistik Negeri, Pejabat Farmasi Bahagian, hospital dan klinik kesihatan.
  • Mengumpul dan menganalisa data – data perolehan bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal KKM.

4. Keselamatan Pengubatan Dan Penggunaan Ubat Berkualiti

  • Merancang, memantau dan menganalisis aktiviti pendidikan mengenai ubat-ubatan serta mempromosikan kesedaran penggunaan ubat secara berkualiti dan rasional.
  • Memperkukuhkan aspek keselamatan pengubatan pesakit melalui perancangan dan penyelarasan aktiviti seperti taklimat, pelaporan kesan advers ubat, kesilapan pengubatan dan sebagainya.

5. Farmasi Ambulatori

  • Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan farmasi pesakit luar seperti kaunseling ubat-ubatan, perkhidmatan Tambah Nilai di fasiliti KKM .
  • Menggubal polisi, garis panduan dan dasar berkaitan dengan amalan farmasi pesakit luar serta memantau proses implementasi di fasiliti KKM.

6. Pengurusan Maklumat

  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan PhIS/ CPS di semua fasiliti farmasi KKM.
  • Merancang, menyediakan, melaksanakan dan memantau polisi berkaitan ICT.