Fungsi dan Peranan

Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentadbiran dari segi pembangunan, sumber manusia, kewangan, perkembangan infrastruktur dan Inovasi serta pengurusan latihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti.

Cawangan Pengurusan Farmasi terdiri daripada beberapa komponen iaitu

  1. Sumber Manusia Dan Kerjaya

Pengurusan sumber manusia dan kerjaya bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar sumber manusia perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan. Ia juga merancang dan mengurus pengagihan sumber manusia dalam program farmasi mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

2. Kewangan

Pengurusan kewangan berperanan dalam pengurusan peruntukan mengurus dasar sedia ada, dasar baru, ‘one-off’ dan pembangunan tahunan bagi Program Perkhidmatan Farmasi.  Selain itu, cawangan ini juga memainkan peranan penting dalam membantu Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam dari segi perancangan dan pengurusan peruntukan ‘lock-in’ ubat, vaksin, reagen, bukan ubat dan gas perubatan.

3. Pembangunan Modal Insan

Pembangunan modal insan merancang dan mengurus peruntukan dan perbelanjaan bagi program latihan farmasi serta memantau kemajuan dan perlaksanaan latihan anggota farmasi.

4. Pembangunan Infrastruktur

Pembangunan infrastruktur merancang dan memantau perlaksanaan projek pembangunan serta pengurusan aset bagi Unit Farmasi di hospital dan klinik kesihatan.

5. Inovasi & Kreativiti dan Penyelidikan &Pembangunan Farmasi

Perlaksanaan Projek Kualiti dan Kajian Penyelidikan farmasi dipantau secara keseluruhannya di peringkat Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak