Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi merupakan khidmat sokongan kepada Program Perubatan dan Kesihatan Awam. Pengurusan aktiviti ini adalah di bawah kedua-dua program berkenaan. Walaubagaimanapun penyelarasan dan pemantauan aktiviti adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri. Cawangan Amalan Dan Perkembangan Farmasi mementingkan penggunaan ubat yang berkualiti, gaya hidup yang sihat dan memberikan perkhidmatan yang inovatif agar dapat memberikan impak positif dari segi perspektif dan harapan pesakit. Pelbagai aktiviti dan sistem pengagihan ubat telah diperkenalkan bagi mengurangkan kesalahan pengubatan, meningkatkan tahap kepatuhan pengubatan pesakit dan mempermudah para pesakit mendapatkan bekalan ubat mereka.

Sambung

Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

sambung

Blok Perubatan, Farmasi dan Pergigian
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak,
Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako,
93050, Kuching, Sarawak.