PIAGAM PELANGGAN BARISAN HADAPAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
  • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta
  • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit
  • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya
3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
PIAGAM PELANGGAN KLINIK KESIHATAN
Kami berjanji untuk ……
1. Melaksanakan pemeriksaan dan memberi rawatan bagi jenis [JENIS PELANGGAN] dalam tempoh [INDIKATOR] dari masa pendaftaran
PELANGGAN INDIKATOR
Ibu Mengandung
  • Kes Baru
[   60 minit    ]
  • Kes Ulangan (Normal)
[   30 minit    ]
  • Kes Ulangan (Bermasalah)
[   120 minit  ]
Bayi / Kanak-kanak
  • Kes Baru
[   60 minit    ]
  • Kes Ulangan (Normal)
[   30 minit    ]
  • Kes Ulangan (Bermasalah)
[   120 minit  ]
Lain-lain Kategori
  • Kes Baru
[   60 minit    ]
  • Kes Ulangan (Normal)
[   30 minit    ]
  • Kes Ulangan (Bermasalah)
[   120 minit  ]
2. Bersedia untuk pergi menyambut kelahiran dalam masa 15 minit dari makluman diterima.
3. Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar serta merta selepas keadaan stabil.
4. Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi.
6. Memberi Akuan Penerimaan Aduan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari selepas aduan diterima.
PIAGAM PELANGGAN KLINIK PERGIGIAN PRIMER
Kami berjanji untuk ……
Rawatan pergigian:
1. Pesakit luar dipanggil untuk rawatan dalam tempoh 30 minit
[Standard ……..]
  • hanya melibatkan pesakit yang telah didaftar tanpa temujanji
  • kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
  • standard seperti yang dipersetujui di peringkat negeri
Kepuasan pelanggan:
2. Pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan
[Standard……….]
  • standard seperti yang dipersetujui di peringkat negeri
  • kajian dijalankan setahun sekali
Umum:
3. Memberi akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari selepas aduan diterima
[ Standard 100%]