AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)
Akta Benda-benda Radioaktif 1968 adalah akta yang pertama kali dikuatkuasakan bagi mengawal penggunaan sinaran mengion di Malaysia. Akta tersebut telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). 
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia adalah pihak berkuasa yang mengawal penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan.

UNIT KESELAMATAN SINARAN
Unit Keselamatan Sinaran menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi Maksud Perubatan di negeri Sarawak.

OBJEKTIF
Tujuan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini adalah bagi memastikan penggunaan sinaran mengion terhadap pesakit (bagi tujuan perubatan) adalah secara selamat, berkesan dan optimum. Di samping itu, pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut juga bertujuan untuk memastikan keselamatan terhadap pekerja dan orang awam.

STRATEGI PERKHIDMATAN:

  • Pemantauan dan penguatkuasaan premis swasta yang dilesenkan di bawah Akta 304 untuk tujuan perubatan;
  • Pendaftaran dan pemantauan premis kerajaan untuk mematuhi keperluan Akta 304 dan peraturan-peraturan berkaitan;
  • Perkhidmatan teknikal (fizik perubatan) untuk Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan dan Bahagian Pergigian. Ini termasuk isu-isu berkaitan dengan Sinar Tak Mengion (Non-Ionizing Radiation);
  • Analisa situasi dan kaji selidik berkaitan dengan keselamatan sinaran.

PERKHIDMATAN REGULATORI (FASILITI PERUBATAN SWASTA):

  • Khidmat nasihat untuk permohonan baharu / pembaharuan / pemindaan  lesen;
  • Pertanyaan status permohonan / pembaharuan lesen;
  • Penyediaan senarai semak dan salinan borang permohonan lesen kepada pemegang lesen / pengamal perubatan yang bercadang untuk mengadakan perkhidmatan radiologikal.

Makluman: Lesen diproses oleh Bahagian Kawal Selia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya (dulu dikenali sebagai Seksyen Keselamatan Sinaran).

PERKHIDMATAN REGULATORI (FASILITI PERUBATAN KERAJAAN):

  • Pemantauan dan pematuhan premis kerajaan ke atas keperluan Akta 304;
  • Pemantauan pematuhan keperluan sekuriti punca radiasi.

PERKHIDMATAN TEKNIKAL (FASILITI KERAJAAN SAHAJA)

  • Khidmat nasihat teknikal berkenaan keselamatan sinaran (sinar mengion);
  • Penilaian spesifikasi radas / pelan bilik dari segi keperluan regulatori, perisai radiasi & keselamatan dan perlindungan radiasi.

 LAIN-LAIN

  • Penyebaran maklumat: (latihan/kursus kesedaran keselamatan sinaran, aktiviti public engagement);
  • Pengurusan kecemasan radiologikal dan nuklear [dalam proses di peringkat jabatan];
  • Isu-isu sinar tak mengion (Non-Ionizing Radiation).

KATEGORI PERLESENAN PREMIS SWASTA

  • Permohonan Lesen Baharu
  • Permohonan baru perlu dihantar ke Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dengan menggunakan borang LPTA/BP/3 di mana salinan borang boleh diperolehi dari Unit Keselamatan Sinaran.
  • Borang yang lengkap dan ditandatangani perlu dikemukakan kepada LPTA dengan melampirkan dokumen berikut:
  • Fi proses RM 15.00 (bank draf / money order atas nama “Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom”);
  • Salinan Sijil Amalan Tahunan (APC);
  • Pelan susun atur premis yang menunjukkan di mana kedudukan bilik x-ray dan kegunaan semua ruang bersebelahan dengan bilik x-ray (perlu ditandatangani oleh pemohon);
  • Pelan terperinci bilik di mana peralatan akan ditempatkan (perlu ditandatangani oleh pemohon);
  • Katalog radas penyinaran yang akan dibeli (yang mengandungi maklumat spesifikasi radas penyinaran);
  • Salinan lesen pembekal radas penyinaran dari LPTA.

*Dokumen minimum untuk membolehkan permohonan dapat diproses adalah seperti dalam (i) dan (ii) di atas bersama borang LPTA/BP/3.

  • Pihak LPTA akan merujuk permohonan untuk tujuan perubatan kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk proses selanjutnya;
  • Setelah diproses dan memenuhi keperluan permohonan, pemohon dikehendaki menjelaskan pembayaran fi lesen dalam bentuk bank draf / money orderatas nama “Kementerian Kesihatan Malaysia”;
  • Surat pra kelulusan untuk membeli dan menstor peralatan akan dikeluarkan oleh Bahagian Kawal Selia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya kepada pemohon setelah bayaran fi mengikut amaun yang ditetapkan;
  • Kelulusan mengguna hanya akan diberi setelah pemegang lesen mengemukakan :
  • (a)  Sijil dan ringkasan pengujian kawalan mutu (QC) bagi peralatan dan kemudahan berkaitan;

    ATAU

  • (b)  Laporan kalibrasi syarikat pembekal peralatan yang dilesenkan LPTA (untuk peralatan pergigian dan veterinar sahaja);

  • Bukti permonitoran dos radiasi personel pekerja sinaran seperti lencana OSL telah diperolehi (pekerja sinaran pergigian dikecualikan daripada syarat ini).
  • Laporan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran dengan menggunakan borang LPTA/BM/5(A);
  • Permohonan Pembaharuan Lesen
  • Permohonan membaharui lesen dibuat dengan mengemukakan borang permohonan LPTA/BP/3 yang lengkap dan ditandatangani ke:

BAHAGIAN KAWAL SELIA RADIASI PERUBATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3-4, Blok E3, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
Tel : 03-8892 4724/4725/4802
Faks : 03-8892 4746
Emel : radia@moh.gov.my

  • Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
  • Fi proses RM 15.00 dan fi lesen yang tertakluk kepada bilangan dan jenis peralatan;
  • Salinan Sijil Amalan Tahunan (APC);
  • Salinan dokumen berkaitan di mana Unit Keselamatan Sinaran akan memaklumkan pemegang lesen 3 bulan sebelum tamat tempoh lesen.

3Permohonan meminda lesen
Ini termasuk:

  • Penukaran alamat;
  • Membeli peralatan baharu / Penambahan Peralatan;
  • Menjual Peralatan.
Jenis Pindaan Dokumen yang diperlukan
Penukaran alamat
  • Surat niat (intention letter)
  • Salinan APC dengan alamat premis baharu
  • Pelan persekitaran dan pelan terperinci bilik x-ray baharu
Membeli peralatan baharu / penambahan peralatan
  • Borang LPTA/BP/3
  • Fi proses RM15.00
  • Katalog radas baharu /
  • tambahan yang dicadang untuk dibeli
  • Pelan persekitaran dan pelan terperinci bilik x-ray untuk pemasangan peralatan
Menjual peralatan
  • Borang LPTA/BP/3
  • Fi proses RM 15.00
  • Fi menjual radas RM 200.00*
  • Lesen asal dan lampiran A

*tempoh satu tahun sahaja