Unit Forensik terletak di bahagian belakang bangunan Hospital Bintulu. Terletak berdekatan dengan unit haemodialisis.
Mempunyai 10 peti sejuk untuk penyimpanan mayat.
Mempunyai 2 kakitangan yang bertugas terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U12.
Fungsi Unit Forensik
Unit Forensik Hospital Bintulu berperanan dalam menguruskan setiap kes kematian yang berlaku di hospital atau pun di bawa ke hospital.
Melakukan pemeriksaan terhadap mayat dan mencari punca dan penyebab sesuatu kematian.
Memastikan mayat diserahkan kepada waris yang sah.
Bagi mayat yang tidak diketahui status dan tiada waris mayat akan dilaporkan kepada pihak Baitulmal untuk proses pengebumian bagi mayat beragama Islam dan mayat bukak beragama Islam akan diuruskan oleh badan keagamaan setelah mendapat kebenaran dari pihak polis.
Perkhidmatan Forensik
Perkhidmatan Pengurusan Autopsi (MedikoLegal)
Perkhidmatan Pengurusan Klinikal Forensik (Kes Keganasan Seksual Akta 375)
Perkhidmatan Pengurusan Orang Kena Tahan (OKT)
Perkhidmatan Pengurusan Spesimen
Perkhidmatan Pengurusan National Suicide Registry
Perkhidmatan Pengurusan Penggalian Kubur
Perkhidmatan Pengurusan Sistem Maklumat Forensik (FIMMS)
Perkhidmatan Pengurusan Pemeriksaan Tempat Kejadian
Perkhidmatan Pembelajaran Dan Kajian terbaru Forensik Perubatan
Perkhidmatan Pengurusan Pendermaan Organ Tissue Procurement (TOP)