Kerja Sosial Perubatan

PENGENALAN

Jabatan ini ditubuhkan pada 01 Oktober 2006 dan di bawah jagaan seorang pegawai pada ketika itu. Kini jabatan ini mempunyai dua (2) orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (2 Gred S10).

Jabatan Kerja Sosial Perubatan berperanan menguruskan keperluan biopsikososial/emosi, sosial dan ekonomi pesakit yang disebabkan oleh penyakit yang dihidapi. Ini bagi memastikan pesakit dapat pulih sebagai individu yang proaktif dan berdikari dalam masyarakat. Salah satu objektif jabatan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berdasarkan maklumat sulit pesakit, prihatin dan berkesan yang akan membantu pesakit mengatasi masalah emosi dan lain-lain yang akan menjejaskan proses pemulihan mereka.

Proses rawatan sosial ini adalah untuk membantu pesakit mendapatkan rawatan yang maksimum bagi mengembalikan kefungsian pesakit selaras dengan batas keupayaan mereka. Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada semua bersesuaian dengan keperluan pesakit tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama. Semua maklumat dan butiran pesakit yang direkodkan adalah sulit dan hanya diberikan kepada mereka yang telah diberi kuasa dan mendapat kebenaran pesakit/waris. Setiap kes yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan akan dilihat dalam masa 2 hari bekerja.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujukan yang diterima oleh unit ini adalah rujukan kes pesakit Warganegara sahaja kecuali kes pesakit yang memerlukan perlindungan mengikut perundangan sosial.

Perkhidmatan ini merangkumi:

1.  Pengurusan Bantuan Praktik

  • Bantuan kewangan (peralatan/ubatan/rawatan/am)
  • Penempatan institusi
  • Mengesan waris

2.  Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan

  • Khidmat perundingan
  • Sokongan emosi
  • Intervensi krisis

3.  Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:

  • Penderaan dan pengabaian kanak-kanak
  • Ibu tanpa nikah
  • Keganasan rumahtangga
  • Keganasan seksual
  • Pesakit akut dan kronik
  • Pesakit terdampar
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • HIV Positif/AIDS
  • Ketagihan dadah/alcohol
  • Cubaan bunuh diri
  • Masalah tingkah laku

WAKTU OPERASI

WordPress Responsive Table

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan boleh dihubungi di talian 086-859081.