Latihan Dan Kompetensi

Unit Latihan dan Kompetensi, yang berkait rapat dengan Unit Sumber Manusia, menyediakan latihan dan kursus untuk individu untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang akan membantu organisasi untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Kemudahan yang disediakan seperti Bilik Seminar, Bilik Peperiksaan dan Pusat Latihan ICT dilengkapi secukupnya bagi tujuan menjalankan latihan dalaman dan program-program orientasi bagi staf yang baru melapor diri.