PENGENALAN
Unit Nefrologi, Hospital Bintulu mula beroperasi di bangunan baru semenjak 08.01.2007. Skop perkhidmatan unit berkenaan masih tertumpu kepada rawatan jagaan harian tanpa Pakar Nefrologi tetapi keseluruhan akitiviti hemodialisis dipantau oleh Pakar Nefrologi Negeri dari Hospital Umum Kuching dengan beberapa siri lawatan ke Hospital Bintulu setiap 3 bulan sekali untuk Klinik Nefrologi.
SKOP PERKHIDMATAN
- Jagaan harian rawatan hemodialisis untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang (ESRF) yang telah disahkan oleh Pakar Nefrologi.
- Rawatan hemodialisis untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut (ARF).
- Sesi Klinik Nefrologi untuk pesakit hemodialisis, selepas pemindahan buah pinggang (post transplant) dan kes-kes rujukan.
- Melakukan persediaan Pemindahan buah pinggang ( transplant work-up).
- Rujukan NGO (Swasta/St John).
- Organ donation.
FASILITI / KAPASITI ( FIZIKAL ASAS )
- Mesin hemodialisis = 26 ( KKM )
- Water Point = 14 point
- Rawatan Air – Reverse Osmosis = 2
- Mesin Reprocessor = 6
- Portable R.O = 2 ( ICU )
KAEDAH MENDAPATKAN RAWATAN
Keputusan untuk memulakan rawatan hemodialisis dipertanggungjawabkan oleh Pakar Nefrologi berdasarkan kriteria berikut:
- Pesakit yang kurang sumber pendapatan ( Poor income patients) akan diberi keutamaan untuk diserapkan sebagai pesakit jagaan pusat (centre care patients).
- Pesakit berusia muda termasuk ada opsyen untuk pemindahan organ dijangka mempunyai kualiti hidup yang tinggi dan boleh menjalankan kehidupan biasa dan menyara kendiri.
- Kakitangan Kerajaan, pesara termasuk tanggungan-tanggungan mereka layak menerima rawatan hemodialisis jika ada kekosongan dalam rancangan hemodialisis. Jika tidak ada kekosongan Pakar Nefrologi akan mengesyorkan untuk mendapat rawatan di Unit Nefrologi lain, NGO atau swasta.
- Pesakit yang telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang (kidney transplant) tetapi buah pinggang (transplant) itu tidak berfungsi lagi.
- Pesakit yang menunggu giliran untuk pembedahan pemindahan buah pinggang (kidney transplant) di mana penderma telah disahkan sihat dan sesuai menderma buah pinggang.
FREKUENSI RAWATAN
3 kali seminggu selama 4 jam satu sesi rawatan