Pentadbiran Am

Unit Pentadbiran Am, yang diselaraskan oleh Penolong Pegawai Tadbir N27, menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal untuk kakitangan dan pelanggan. Beberapa contoh perkhidmatan yang disediakan adalah mel, pengurusan fail, penyusunan kemudahan (bilik mesyuarat, bilik seminar, keselamatan, pengangkutan dan lain-lain), perkhidmatan operator 24 jam dan pusat untuk stor alat tulis. Objektif utama unit ini adalah untuk memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pengurusan dan pentadbiran dilakukan dengan tepat dan sistematik.