Kejuruteraan (Kawal Selia)


PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Sarikei diketuai oleh Jurutera Mekanikal. Unit ini memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop bidang masing-masing. Pewujudan jawatan ini penting bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (HWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS).

Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa perubatan diurus dengan berkesan
  • Memantau semua aduan yang dibuat oleh pengguna diambil tindakan mengikut tempoh waktu tertentu
  • Memastikan peruntukan yang dibelanjakan Kerajaan kepada Syarikat Konsesi adalah optimum dan berhemah
  • Memantau dan menyelaras pematuhan Keperluan Berkanun (Statutory Requirement) dengan memeriksa rekod dan persijilan kakitangan / peralatan / loji yang memerlukan perundangan badan berkanun
  • Memantau dan menyelaraskan isu-isu teknikal Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dengan pihak hospital dalam Mesyuarat Operasi Perkhidmatan Sokongan Hospital
  • Memantau dan menyelaraskan Sustainability Program yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi iaitu Energy Management, Indoor Air Quality dan 3R Programme(Reduce, Reuse & Recylce)
  • Memantau, memeriksa dan menyelaraskan aset yang dicadangkan Beyond Economic Repair(BER) untuk memastikan aset yang disyorkan BER dan tidak selamat digunakan boleh dilupuskan dan digantikan
  • Menganalisasi, memantau dan menyusulkan Reimbursable Work (RW) oleh Syarikat Konsesi untuk menyelaraskan penambahbaikan kemudahan hospital yang di luar skop penyenggaraan Syarikat Konsesi melalui Mesyuarat Jawatankuasa RW Hospital
  • Mengesahkan HSIP – Hospital Specific Implementation Plan untuk memastikan HSIP berpandukan Technical Requirement and Key Performance Indicator(TRKPI) dan Master Agreed Procedure (MAP) perjanjian konsesi & keperluan pengguna.
  • Memantau dan memastikan projek – projek adalah memenuhi keperluan dan kepentingan pihak Kementerian, Jabatan, pengguna Hospital
  • Memantau penyempurnaan projek adalah bersesuaian dengan akta, peraturan – peraturan, pekeliling – pekeliling, dan spesifikasi yang ditetapkan
  • Memantau dan menyelaras pendaftaran aset tak alih Hospital berpandukan Garis Panduan Penentuan Aset Tak Alih dan Panduan Daftar Aset Khusus Jabatan Kerja Raya.