Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN

HOSPITAL SARIKEI

TERAS PIAGAM

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Sarikei.

 

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Hospital ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi

1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

 

2. TARAF PERKHIDMATAN

2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.

2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 

3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN

3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.

3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

4. PENDIDIKAN KESIHATAN

4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Hospital ini melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;

2. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat; dan

3. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pengarah Hospital Sarikei : 084-653333