Pengenalan
Pentadbiran Am merupakan salah satu seksyen terletak di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sibu yang bertanggungjawab menjalankan dasar-dasar Kementerian atau Kerajaan dengan cekap, telus dan integriti. Di bawah Seksyen Pentadbiran Am, ia merangkumi Unit Keselamatan, Sumber Manusia, Bekalan Stor dan perolehan dan aset.
Perkhidmatan
- Pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran hospital
- Pengurusan hal-hal pentadbiran hospital termasuk pengurusan sistem fail, surat-menyurat, aset alih kerajaan, stor bekalan alat tulis, pengangkutan kenderaan bukan ambulans, kemudahan kuarters, kemudahan sewaan, perkhidmatan telefon, protokol, dan keselamatan hospital.
- Pengurusan perkara-perkara berkaitan khidmat sokongan hospital oleh syarikat konsesi.
- Pengurusan perolehan dan pemantauan aset.