PENGENALAN JABATAN
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) adalah salah satu unit sokongan klinikal di Hospital Sibu yang memberikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal kepada semua pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan daripada Klinik Pakar, Wad, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta serta Hospital Daerah dan Perkhidmatan Makanan secara in-house kepada pesakit dalam wad serta kakitangan hospital yang layak.
Perkhidmatan Makanan menyediakan empat hidangan sehari kepada kira-kira 600 orang pesakit dan kakitangan dengan mengunakan sistem pengagihan makanan secara hybrid iaitu penghidangan pukal dan penghidangan berpusat.
Visi jabatan adalah untuk menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
- Perkhidmatan Dietetik:
Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
2.Perkhidmatan Makanan:
Menyediakan perkhidmatan makanan yang bersih, selamat dan sihat secara optimum serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti melalui kepakaran menerusi pembelajaran dan penyelidikan yang berterusan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Lokasi : Jabatan ini terletak di Blok H Hospital Sibu. Bilik 61 – Klinik Diet.
OBJEKTIF JABATAN
- PERKHIDMATAN DIETETIK : Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.
- PERKHIDMATAN MAKANAN : Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.
SKOP PERKHIDMATAN
3.1 Perkhidmatan Dietetik
3.1.1 Memberi perkhidmatan dietetik kepada pelanggan yang dirujuk oleh pengamal perubatan berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (Nutrition Care Process) yang merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan termasuk dokumentasi. Perkhidmatan ini diberikan depada pelanggan secara individu atau berkumpulan meliputi perkhidmatan berikut :
- Perkhidmatan Konsultasi DietPerkhidmatan Sokongan PemakananPendidikan Pemakanan
3.1.2 Memberi dan mengendalikan ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk dalam bidang dietetic mengikut permintaan.
3.1.3 Memberi latihan internship dietetik kepada pelatih-pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
3.1.4 Melibatkan diri dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan
3.2 Perkhidmatan Makanan
3.2.1 Fungsi perkhidmatan makanan adalah menyediakan makanan berdasarkan jenis diet iaitu diet normal, diet modifikasi konsistensi dan diet teraputik. Hidangan makanan pesakit adalah sebanyak empat (4) kali sehari iaitu Hidangan Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.
- Skop perkhidmatan makanan adalah seperti berikut :
- Membuat pesanan, menerima, menyimpan, memproses dan mengawal kualiti bahan bekalan makanan yang diterima.Memastikan diet normal dan diet teraputik yang dihidangkan kepada pesakit-pesakit kelas pertama, kedua, ketiga dan kanak-kanak berdasarkan pesanan diet daripada wad adalah selamat, halal, berkualiti, mencukupi dan menepati masa hidangan;Memastikan diet kelas pertama dihidangkan kepada Doktor dan Paramedik di Dewan Bedah serta Doktor Atas Panggilan, bergantung kepada kelayakan menurut pekeliling terkini;Membantu dalam pelaksanaan latihan industri perkhidmatan makanan dan latihan praktikal kepada pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggiMengambil bahagian di dalam penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan.Memantau kemudahan kantin dan food outlet hospital.