{"id":1248,"date":"2022-04-06T11:07:16","date_gmt":"2022-04-06T03:07:16","guid":{"rendered":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/?page_id=1248"},"modified":"2022-04-06T14:37:28","modified_gmt":"2022-04-06T06:37:28","slug":"mengapa-perokok-lebih-berisiko-apabila-dijangkiti-covid-19","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/mengapa-perokok-lebih-berisiko-apabila-dijangkiti-covid-19\/","title":{"rendered":"Mengapa Perokok Lebih Berisiko Apabila Dijangkiti COVID-19?"},"content":{"rendered":"<p>Asap rokok tembakau mahupun aerosol daripada rokok elektronik dapat menjejaskan kesihatan saluran pernafasan dan sistem ketahanan tubuh manusia. Sistem ketahanan tubuh yang lemah dapat meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus. Justeru, perokok lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang kini sedang melanda seluruh dunia.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-1249 alignleft\" src=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok-300x199.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"199\" srcset=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok-300x199.jpg 300w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok-24x16.jpg 24w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok-36x24.jpg 36w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok-48x32.jpg 48w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/rokok.jpg 700w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p>Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pengguna tembakau sama ada rokok, shisha, cerut atau produk tembakau yang dipanaskan dikatakan lebih mudah dijangkiti virus COVID-19. Perkara ini disebabkan perbuatan merokok yang melibatkan sentuhan jari dengan bibir dan juga rokok yang mungkin tercemar, dipercayai meningkatkan risiko penularan virus dari tangan ke mulut, terutamanya jika jarang mencuci tangan.<\/p>\n<p>Di samping itu, pengguna shisha yang sering berkongsi paip penyedut boleh menyebabkan virus merebak dengan mudah. Selain perkongsian paip, penggunaan shisha secara beramai-ramai ini juga meningkatkan risiko jangkitan akibat kurangnya penjarakan sosial ketika aktiviti ini dilakukan.<\/p>\n<p><strong>Mengapa COVID-19 Lebih Berbahaya Kepada Perokok?<\/strong><\/p>\n<p id=\"getTargetP\">Asap rokok menjejaskan saluran pernafasan serta mengganggu proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di dalam paru-paru. Rokok juga menyebabkan pelbagai penyakit pada organ paru-paru seperti seperti jangkitan kuman (pneumonia), bronkitis, emfisema, bahkan kanser paru-paru. COVID-19 menyerang organ pernafasan dan keadaan saluran pernafasan yang terjejas akibat rokok memudahkan virus ini menjangkitinya sekaligus menyebabkan jangkitan yang lebih serius. COVID-19 adalah sejenis penyakit berjangkit yang menyerang tubuh manusia, terutamanya organ paru-paru.<\/p>\n<div>\n<div class=\"hc-cta-banner hc-sc-cta-banner\">\n<div class=\"hc-cta-banner-div-1\">Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan simptom COVID-19 dalam kalangan individu yang merokok mahupun yang mempunyai sejarah merokok didapati lebih serius. Analisis tersebut turut melaporkan kadar kematian lebih tinggi dalam kalangan keduanya. Perkara ini turut mendapat perhatian yang serius susulan statistik yang dibentangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 dalam golongan perokok adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus. Menurut pihak KKM lagi, penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit telah dijalankan terhadap 86 orang daripada jumlah pesakit COVID-19 yang sudah meninggal dunia di Malaysia mendapati sebanyak 17 orang atau 19.8% daripada mereka adalah perokok.<\/div>\n<\/div>\n<div><\/div>\n<div><\/div>\n<div><em>Sumber daripada doctoroncall.com.my<\/em><\/div>\n<\/div>\n ","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Asap rokok tembakau mahupun aerosol daripada rokok elektronik dapat menjejaskan kesihatan saluran pernafasan dan sistem ketahanan tubuh manusia. Sistem ketahanan tubuh yang lemah dapat meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus. Justeru, perokok lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang kini sedang melanda seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"_themeisle_gutenberg_block_has_review":false,"footnotes":""},"class_list":["post-1248","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1248"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1300,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1248\/revisions\/1300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}