{"id":1252,"date":"2022-04-06T11:13:53","date_gmt":"2022-04-06T03:13:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/?page_id=1252"},"modified":"2022-04-06T14:35:13","modified_gmt":"2022-04-06T06:35:13","slug":"adakah-bekas-pesakit-covid-19-tidak-akan-dijangkiti-semula","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/adakah-bekas-pesakit-covid-19-tidak-akan-dijangkiti-semula\/","title":{"rendered":"Adakah Bekas Pesakit COVID-19 Tidak Akan Dijangkiti Semula?"},"content":{"rendered":"<p>Pesakit COVID-19 yang sudah sembuh telah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya terus berjaga-jaga kerana boleh dijangkiti semula virus itu. Badan dunia itu juga menegaskan bahawa kadar pesakit yang sembuh tidak boleh dijadikan &#8216;tiket kekebalan&#8217; atau sebagai alasan bagi sesebuah negara untuk melonggarkan langkah kawalan. Kebimbangan itu ada asasnya yang kukuh kerana sehingga kini, kematian global akibat virus itu terus meningkat dan sudah menyebabkan lebih 2 juta kematian.<\/p>\n<p>Sehingga saat ini masih belum dijumpai sebarang bukti yang boleh menunjukkan individu yang sembuh daripada COVID-19 mempunyai antibodi dan akan terselamat daripada jangkitan COVID-19 kerana masih terdapat kemungkinan seseorang itu dijangkiti COVID-19 semula. Oleh sebab itu, WHO juga menentang langkah terburu-buru untuk melonggarkan kawalan kerana walaupun pesakit telah disahkan pulih.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-1253 alignleft\" src=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images.png\" alt=\"\" width=\"275\" height=\"183\" srcset=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images.png 275w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images-24x16.png 24w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images-36x24.png 36w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images-48x32.png 48w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/images-272x182.png 272w\" sizes=\"auto, (max-width: 275px) 100vw, 275px\" \/>\u200bAmaran WHO itu adalah berasas kerana terdapat golongan yang menganggap diri mereka sudah \u201ckebal\u201d selepas disahkan sembuh daripada jangkitan COVID-19 memandang remeh terhadap langkah keselamatan yang disyorkan.<\/p>\n<p>Keyakinan tanpa asas ini dikhuatiri bakal menjadi ancaman kepada lebih ramai orang kerana golongan yang berasa \u201ckebal\u201d mungkin tidak mahu lagi memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal serta penjagaan kebersihan kerana beranggapan mereka tidak akan membahayakan orang lain atau mereka tidak akan terjejas dengan jangkitan ini.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bekas pesakit COVID-19 yang mempunyai paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang rendah dan mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti virus itu semula. Kenyataan ini disokong dengan penyelidikan awal mendapati kebanyakkan individu yang pernah dijangkiti mengalami kemerosotan antibodi selepas lapan minggu.<\/p>\n<p><strong>Kadar Kebolehjangkitan<\/strong><\/p>\n<p>Hasil pemantauan terhadap pesakit COVID-19 yang sudah sembuh oleh Kementerian Kesihatan mendapati masih kekal menunjukkan keputusan positif dalam jangka masa yang panjang meskipun apabila mereka disahkan sembuh. Hal ini kerana ujian rt-PCR sangat sensitif dalam mengesan kehadiran protein virus.<\/p>\n<p>Menurut Dr Noor Hisham, walaupun dikesan positif, namun mereka tidak bergejala, tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit ini kepada keluarga terdekat.<\/p>\n<p>KKM membuat kesimpulan bahawa keputusan positif bagi pesakit yang sudah sembuh adalah disebabkan kehadiran fragmen virus yang sudah mati. Kesimpulan ini dicapai apabila hasil kajian kultur yang dilakukan berulang kali menunjukkan virus COVID-19 daripada sampel pesakit tersebut gagal dibiakkan. Penemuan hasil yang serupa juga turut dilaporkan dari beberapa negara seperti Korea, China, Singapura dan Jerman.<\/p>\n<p>Kadar kebolehjangkitan didapati menurun ke tahap yang sangat rendah selepas tujuh hari. Terdapat sebuah kajian lain di Taiwan mendapati selepas lima hari pesakit dijangkiti COVID-19, mereka tidak menyebarkan jangkitan kepada kontak rapat yang terdedah kepada pesakit ini.<\/p>\n<p>Ini menunjukkan tiada kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan bekas pesakit. Pemantauan ini sama sekali tidak bercanggah dengan hasil siasatan yang mendapati bahawa tempoh berjangkit bermula dua hingga tiga hari sebelum gejala bermula, manakala kemuncaknya sehari sebelum gejala.<\/p>\n<p>Ini seiring dengan kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam &#8216;Clinical management of COVID-19, Interim guidance, May 2020&#8217;, bahawa kebanyakan pesakit positif COVID-19 hanya boleh menyebarkan penyakit ini dalam jangka masa 10 hari daripada permulaan penyakit.<\/p>\n<p><em>Sumber daripada doctoroncall.com.my<\/em><\/p>\n ","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pesakit COVID-19 yang sudah sembuh telah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya terus berjaga-jaga kerana boleh dijangkiti semula virus itu. Badan dunia itu juga menegaskan bahawa kadar pesakit yang sembuh tidak boleh dijadikan &#8216;tiket kekebalan&#8217; atau sebagai alasan bagi sesebuah negara untuk melonggarkan langkah kawalan. Kebimbangan itu ada asasnya yang kukuh kerana sehingga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"_themeisle_gutenberg_block_has_review":false,"footnotes":""},"class_list":["post-1252","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1252","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1252"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1252\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1295,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1252\/revisions\/1295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsibu\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1252"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}