Saringan Kesihatan Mental

Salam sejahtera.

Aplikasi Saringan Minda Sihat merupakan aplikasi untuk mengukur tahap kemurungan (Depression), tahap kebimbangan (Anxiety) dan tahap tekanan (Stress). .

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda dan tahap gaya daya bertindak terhadap masalah kesihatan mental anda. .

Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.


Keputusan DASS akan dihantar melalui email kepada anda.

Anda boleh melayari
https://www.facebook.com/kkmcprc
https://www.facebook.com/hospitalsentosa
Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh hubungi kami di talian 082-612321 atau emel ke pfasentosa@gmail.com

UJIAN SARINGAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN (DASS)
Tiga hingga Lima Minit

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan. Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan Adalah diperlukan.

1. Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu Tidak Pernah, Jarang, Kerap dan Sangat Kerap.
4. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.
5. Tiada jawapan betul atau salah.

Apa itu DASS
DASS ialah panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.

Anda perlu menandakan pada skala yang disediakan keadaan anda dua (2) minggu yang lalu.

DASS MERUPAKAN BUKAN DIAGNOSIS