{"id":5211,"date":"2021-09-10T11:45:23","date_gmt":"2021-09-10T03:45:23","guid":{"rendered":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/?p=5211"},"modified":"2021-09-10T11:45:35","modified_gmt":"2021-09-10T03:45:35","slug":"skizo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/","title":{"rendered":"skizo"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"--awb-border-radius-top-left:0px;--awb-border-radius-top-right:0px;--awb-border-radius-bottom-right:0px;--awb-border-radius-bottom-left:0px;--awb-flex-wrap:wrap;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start fusion-flex-content-wrap\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\" style=\"--awb-bg-size:cover;--awb-width-large:100%;--awb-margin-top-large:0px;--awb-spacing-right-large:1.92%;--awb-margin-bottom-large:0px;--awb-spacing-left-large:1.92%;--awb-width-medium:100%;--awb-spacing-right-medium:1.92%;--awb-spacing-left-medium:1.92%;--awb-width-small:100%;--awb-spacing-right-small:1.92%;--awb-spacing-left-small:1.92%;\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1 awb-text-cols fusion-text-columns-3\" style=\"--awb-columns:3;--awb-column-spacing:2em;--awb-column-min-width:100px;\"><div class=\"article-text\">\n<p><strong>SKIZOFRENIA&nbsp;<\/strong>adalah sejenis penyakit mental yang serius di mana ianya menganggu kewarasan seseorang individu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\">Penyakit mental jenis ini adalah kronik dan boleh berulang. Walaupun kadar berlakunya penyakit skizofrenia tidak setinggi kadar penyakit kemurungan atau penyakit mental utama yang lain, tetapi ianya boleh menjadi penyakit yang paling menjejaskan fungsi hidup sesorang individu, terutamanya jika tidak dirawat pada peringkat awal.<\/div>\n<div>Ia mempengaruhi pemikiran, perasaan serta tingkah laku seseorang. Adakalanya mereka kelihatan seperti berada dalam dunia mereka yang tersendiri serta tidak berpijak ke alam realiti.<\/div>\n<div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk menilai sama ada gangguan yang dialami adalah benar atau tidak. Bagaimanapun, penyakit ini boleh dirawat dan pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang betul dan berterusan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Epidemiologi<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Secara global, kira-kira satu peratus dari populasi didiagnosakan mengalami skizofrenia.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Pada tahun 2017, Kajian Global Burden of Disease menganggarkan terdapat 1.1 juta kes baru manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2019 melaporkan bahawa terdapat 20 juta kes skizofrenia di seluruh dunia.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Kajian epidemiologi melaporkan bahawa peluang bagi seseorang untuk menghidapi penyakit ini sepanjang tempoh kehidupannya adalah sebanyak 0.3 sehingga 0.7 peratus. Kebanyakan pesakit didiagnosakan pada peringkat usia lewat remaja sehingga awal 30-an.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Lelaki biasanya mempunyai penyakit ini lebih awal berbanding wanita. Ianya sangat jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau warga emas.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Gejala<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Pesakit skizofrenia boleh mengalami gejala positif, gejala negatif, tingkah laku dan pemikiran yang tidak teratur (<em>disorganized<\/em>) serta kognitif.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Gejala positif bukanlah bermaksud gejala yang baik. Ia merujuk kepada gejala psikosis yang dialami oleh pesakit.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Antara gejala positif yang sering dilihat adalah halusinasi dan delusi. Pesakit biasanya mengalami halusinasi jenis auditori seperti mendengar bisikan atau suara ghaib yang bercakap dengannya atau sesama sendiri.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Ada juga yang mengalami gangguan suara yang memberi komentar tentang setiap gerak geri yang dilakukan atau menyuruh individu tersebut melakukan sesuatu.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Halusinasi secara visual, sentuhan serta bauan juga boleh berlaku tetapi ianya tidak sekerap berlakunya halusinasi auditori.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Delusi pula adalah kepercayaan karut yang tidak dapat disanggah oleh sesiapapun malah mereka percaya sepenuhnya bahawa apa yang difikirkan itu benar berlaku.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Terdapat banyak jenis delusi dan ada pesakit yang mengalami lebih daripada satu jenis delusi.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Antara delusi yang sering ditemukan adalah delusi jenis &#8216;<em>paranoid<\/em>&#8216; iaitu pesakit percaya bahawa ada orang yang berniat jahat kepada mereka. Ada juga yang mempercayai bahawa mereka adalah orang tertentu atau ahli keluarga mereka telah ditukar kepada individu lain.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Terdapat juga keabnormalan pada fikiran iaitu mereka percaya bahawa ada yang boleh membaca atau mengawal fikiran mereka manakala ada juga yang merasakan bahawa pergerakan mereka sebenarnya dikawal oleh sesuatu.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Selain daripada itu, mereka yang menghidap skizofrenia juga ada yang mengalami gejala negatif (<em>negative symptoms<\/em>) seperti tidak bersemangat, mengasingkan diri dan hilang minat untuk melakukan sebarang kerja.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Gejala tingkah laku dan pemikiran yang tidak teratur pula mungkin diperlihatkan menerusi pesakit menunjukkan sifat keanak-anakan, reaksi yang tidak sepadan dengan situasi yang dialami serta percakapan yang tidak dapat difahami.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Antara gejala kognitif yang dialami oleh pesakit skizofrenia adalah sukar menumpukan perhatian serta menjalankan fungsi eksekutif seperti mengatur aktiviti serta merancang.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Diagnosis<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Diagnosis skizofrenia dibuat apabila tempoh gejala seperti halusinasi, delusi serta keabnormalan pemikiran berlangsung lebih dari enam bulan.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Adalah penting untuk memastikan bahawa gejala tersebut bukan disebabkan oleh dadah atau penyakit fizikal yang lain secara langsung.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Selain dari itu, ia perlu memenuhi kriteria di mana fungsi hidup individu tersebut turut terjejas akibat penyakit, sama ada dari segi sosial atau pekerjaan.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Diagnosis tersebut adalah berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh&nbsp;<em>Diagnostic Statistical Manual 5th edition (DSM-V) oleh American Psychiatric Association (APA).<\/em><\/div>\n<div class=\"article-text\">Ia melibatkan penilaian secara temu bual antara pegawai perubatan atau pakar psikiatri dengan pesakit dan ahli keluarga pesakit.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Biasanya, ahli keluarga turut ditemu bual bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai gejala serta kesan gejala tersebut terhadap individu.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Pemeriksaan fizikal serta ujian darah tertentu juga turut dijalankan bagi memastikan bahawa gejala tersebut bukanlah disebabkan oleh penyakit fizikal.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Adakalanya ujian saringan dadah juga dilakukan melalui pengambilan sampel air kencing bagi memastikan bahawa gejala tersebut bukanlah disebabkan oleh dadah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Punca penyakit dan faktor risiko<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Secara umumnya, skizofrenia berpunca daripada ketidakseimbangan bahan kimia (<em>neurotransmitter<\/em>) dalam otak terutamanya Dopamine.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Paras Dopamine yang tinggi dalam otak menimbulkan gejala psikosis pada pesakit. Selain daripada itu terdapat juga keabnormalan pada paras serotonin dan glutamate.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mendapat penyakit ini termasuklah:<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">1) Faktor genetik atau sejarah keluarga.<\/div>\n<div class=\"article-text\">2) Komplikasi ketika lahir atau dalam ketika dalam kandungan.<\/div>\n<div class=\"article-text\">3) Tekanan hidup.<\/div>\n<div class=\"article-text\">4) Sejarah trauma ketika kanak-kanak.<\/div>\n<div class=\"article-text\">5) Taraf sosio ekonomi yang rendah.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>6) Pengambilan dadah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Rawatan<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Penyakit ini boleh dirawat dan rawatan yang diberi untuk skizofrenia adalah ubatan antipsikotik bertujuan untuk menstabilkan semula paras bahan kimia dalam otak.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Terdapat pelbagai jenis ubat yang ada termasuklah jenis oral atau pun suntikan. Namun bagi pesakit yang sukar mengambil ubat secara teratur dan kurang sokongan keluarga, rawatan suntikan akan disyorkan oleh pakar psikiatri yang merawat bagi memastikan rawatan secara berterusan dapat diberikan.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Suntikan ini diberikan setiap dua minggu atau sebulan sekali bergantung kepada keperluan pesakit. Adalah penting untuk ubatan diambil secara berterusan kerana penyakit ini adalah kronik dan boleh berulang.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Terdapat pelbagai pilihan ubatan dan ubatan terkini mempunyai kurang kesan sampingan berbanding ubatan yang terdahulu.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Selain ubatan, pesakit juga akan diberikan kaunseling serta rehabilatasi. Rehabilatasi yang disyorkan akan bergantung kepada individu antaranya ialah kemahiran sosial, domestik serta aktiviti harian bertujuan membantu pesakit kembali menjalankan tugas serta fungsi harian seperti biasa.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Terdapat juga Program Sokongan Pekerjaan yang ditawarkan di beberapa Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM) atau MENTARI yang membantu pesakit mental untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka.<\/p>\n<\/div>\n<div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Adakah pesakit skizofrenia berbahahaya?<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">Terdapat kepercayaan bahawa mereka yang menghidap skizofrenia dan penyakit mental yang lain sebagai berbahaya dan bersifat ganas.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Ini adalah tidak tepat. Kebanyakkan pesakit mental seperti skizofrenia tidak bersifat ganas berbanding mereka yang tidak berpenyakit.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Secara lazimnya, mereka lebih gemar mengasingkan diri serta dibiarkan bersendirian.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<p>Hanya sebilangan kecil yang berisiko dan ia biasanya disebabkan oleh gejala psikosis yang dialami apabila mereka tidak mendapatkan rawatan atau rawatan yang diberikan tidak optimum.Pengambilan dadah dan alkohol juga boleh meningkatkan risiko.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><strong>Bagaimana kita dapat membantu jika ada ahli keluarga atau rakan mengalami penyakit ini?<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\">1) Bantu mereka untuk dapatkan rawatan awal.<\/div>\n<div class=\"article-text\">2) Beri sokongan moral pada mereka.<\/div>\n<div class=\"article-text\">3) Nasihatkan untuk patuh kepada pengambilan ubatan. Anda juga boleh bantu memantau pengambilan ubat supaya ianya diambil secara teratur.<\/div>\n<div class=\"article-text\">4) Usah memperkecilkan atau mempermainkan gejala yang dialami pesakit. Perlu diingatkan bahawa gejala halusinasi serta delusi adalah benar bagi mereka.<\/div>\n<div class=\"article-text\">5) Kenal pasti tanda-tanda awal gejala penyakit berulang supaya intervensi awal dapat dilakukan .<\/div>\n<div class=\"article-text\">Kesimpulannya, penyakit skizofrenia boleh dirawat serta rawatan awal akan membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat serta meminimumkan penjejasan fungsi hidup.<\/div>\n<div class=\"article-text\">\n<hr>\n<\/div>\n<div class=\"article-text\"><em><strong>* Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Psikiatri Malaysia.<\/strong><\/em><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div><\/div><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"ngg_post_thumbnail":0,"footnotes":""},"categories":[95],"tags":[],"class_list":["post-5211","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-aktiviti"],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v28.3 - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-wordpress\/ -->\n<title>skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-09-10T03:45:23+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-09-10T03:45:35+00:00\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"hsk it\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"hsk it\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"hsk it\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675\"},\"headline\":\"skizo\",\"datePublished\":\"2021-09-10T03:45:23+00:00\",\"dateModified\":\"2021-09-10T03:45:35+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/\"},\"wordCount\":1303,\"articleSection\":[\"aktiviti\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/\",\"name\":\"skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/#website\"},\"datePublished\":\"2021-09-10T03:45:23+00:00\",\"dateModified\":\"2021-09-10T03:45:35+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/2021\\\/09\\\/10\\\/skizo\\\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"skizo\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/\",\"name\":\"Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)\",\"description\":\"Hospital Sentosa Kuching\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675\",\"name\":\"hsk it\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g\",\"url\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"hsk it\"},\"url\":\"https:\\\/\\\/jknsarawak.moh.gov.my\\\/hsk\\\/author\\\/hsk-it\\\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)","og_url":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/","og_site_name":"Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)","article_published_time":"2021-09-10T03:45:23+00:00","article_modified_time":"2021-09-10T03:45:35+00:00","author":"hsk it","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"hsk it","Est. reading time":"6 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/"},"author":{"name":"hsk it","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/#\/schema\/person\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675"},"headline":"skizo","datePublished":"2021-09-10T03:45:23+00:00","dateModified":"2021-09-10T03:45:35+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/"},"wordCount":1303,"articleSection":["aktiviti"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/","url":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/","name":"skizo - Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)","isPartOf":{"@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/#website"},"datePublished":"2021-09-10T03:45:23+00:00","dateModified":"2021-09-10T03:45:35+00:00","author":{"@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/#\/schema\/person\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/2021\/09\/10\/skizo\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"skizo"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/#website","url":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/","name":"Laman Web Rasmi Hospital Sentosa (HSK)","description":"Hospital Sentosa Kuching","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/#\/schema\/person\/ba4d6a00dc26fbd9b0120a74d7fbc675","name":"hsk it","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/f5c4f4df28444b0ecae56b498004347c40162fe06718ab1056f7e82ab501c6e2?s=96&d=mm&r=g","caption":"hsk it"},"url":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/author\/hsk-it\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5211","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5211"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5211\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hsk\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}