Pendaftaran untuk Blood Bank Hospital Umum Sarawak Virtual Run 2021 akan dibuka minggu hadapan.

Bersempena dengan Hari Menderma Darah Sedunia, atas kesedaran pentingnya memastikan stok bekalan darah mencukupi lebih-lebih di musim pandemik ini, pihak iRUN dengan Kerjasama pihak Blood Bank Hospital Umum Sarawak akan menganjurkan satu larian amal bermula minggu hadapan .

Penderma darah adalah wira yang tidak didendang selama ini! Menurut Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr Mohammad Masrin Md Zahrin, beliau menyeru orang ramai untuk turut serta dalam usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Sejak PKP selepas Hari Raya dan Hari Gawai, permintaan darah menunjukkan peningkatan bagi pesakit mangsa kemalangan, ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan, bayi pra matang, pesakit kanser dan talisemia serta pesakit mengalami pembedahan kecemasan dan diperlukan sepanjang masa.”

Tambah Dr Mohammad Masrin, orang ramai yang sihat digalakkan untuk menderma darah bagi memastikan kelangsungan stok bekalan darah yang sedia di hospital.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar ye! @ www.irun.my

Recommended Posts