MASA MELAWAT PESAKIT UMUM

 HARI  MASA MELAWAT
Isnin – Jumaat 12:30 Tengahari – 2 Petang
04.30 Petang – 07.30 Petang
Hujung minggu/Hari Pelepasan Am 12:30 Tengahari – 7:30 Petang

MASA MELAWAT PESAKIT ATAS KEPERLUAN

 i. Unit Rawatan Rapi

 HARI  MASA MELAWAT
Isnin – Ahad / Hari Pelepasan Am 12:30 Tengahari – 2 Petang
05.30 Petang – 07.30 Petang

 ii. Unit Neonatal

 HARI  MASA MELAWAT
Isnin – Jumaat 11:00 Pagi – 2 Petang
Hujung minggu/Hari Pelepasan Am 12:30 Tengahari – 7:30 Petang

 iii. Unit Akut Psikiatri

 HARI  MASA MELAWAT
Isnin – Ahad & Hari Pelepasan Am 09:00 Pagi – 7:00 Petang

Setiap lawatan hendaklah menggunakan pas pelawat yang disediakan dan hanya di lawati oleh dua orang sahaja dalam satu-satu masa. Manakala lawatan ke wad Akut Psikiatri hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.

Pihak Hospital Umum Sarawak memohon kerjasama daripada tuan/puan untuk perkara yang tersebut di atas kerana pihak kami telah menerima maklum balas daripada para pesakit bahawa mereka tidak mendapat masa rehat dan privasi yang mencukupi.

Pihak kami amat berharap supaya anggota paramedik khususnya Pegawai Perubatan dan Jururawat hospital dapat menjalankan rawatan dengan cekap tanpa sebarang gangguan terutamanya pada tempoh masa di luar waktu melawat.

Pihak kami juga ingin memastikan keselamatan para pesakit dan pegawai yang bertugas di wad terjamin sepanjang masa.

ARAHAN DARIPADA:

PENGARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK