Bahagian Pengurusan
Timbalan Pengarah Pengurusan 1
Encik Wan Samsulri Bin Wan Hasbi
wansamsulri@moh.gov.my
Bahagian Pengurusan merupakan salah satu daripada dua (2) bahagian utama Hospital Umum Sarawak selain dari Bahagian Perubatan. Peranan utama Bahagian Pengurusan ialah memberi perkhidmatan sokongan yang mantap dan efisyen dalam aspek penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan, latihan, sistem maklumat termasuk urusan house keeping kepada bahagian – bahagian lain agar semua objektif bahagian – bahagian berkenaan tercapai.
Adalah menjadi tanggungjawab bahagian ini untuk merancang, melaksana, mengawasi dan menyelaraskan pelaksanaan semua aktiviti di bawah Program Pengurusan yang mempunyai hubungan dengan aspek-aspek pentadbiran, kewangan, kontrak dan bekalan, pembangunan, sumber manusia serta latihan dalam perkhidmatan dan juga ICT Jabatan.
Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung di antara lain kepada kecekapan tenaga kerjanya. Oleh itu, bahagian ini memberi keutamaan dan perhatian penting terhadap pengurusan personel dan berusaha menangani apa juga isu dan masalah yang timbul agar tidak menjejaskan kelicinan jentera pentadbiran jabatan.
Bagi menghargai sumbangan anggota kepada Jabatan, Bahagian telah dipertanggungjawab untuk mengadakan Hari Kualiti Jabatan di mana pada hari tersebut anggota yang memberi sumbangan cemerlang kepada jabatan telah di anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang.
Seksyen dan unit yang terdapat di Bahagian Pengurusan adalah seperti berikut :-
- Seksyen Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) & Aset
- Unit Kejuruteraan
- Unit Pengurusan Aset dan Stor Alat Tulis
- Seksyen Sokongan
- Unit Pusat Sumber Maklumat
- Unit Psikologi & Kaunseling
- Unit Keselamatan
- Unit Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan
- Unit Pembangunan Insan
- Seksyen Teknologi Maklumat
- Unit Rangkaian & Teknikal
- Unit Pembangunan & Latihan
- Seksyen Sumber Manusia
- Unit Perjawatan
- Unit Perkhidmatan
- Unit HRMIS/Tatatertib
- Unit Latihan
- Seksyen Kewangan
- Unit Akaun & Gaji
- Unit Bayaran
- Unit Terimaan & Amanah/Deposit
- Unit Pentadbiran Akaun
- Seksyen Perolehan & Pembangunan
- Unit Perolehan & Pembangunan
- Unit Perolehan
- Unit Pembangunan
- Unit Perolehan & Pembangunan
- Unit Pentadbiran Am
- Unit Pengangkutan
- Unit Registri
- Anjung Kasih
- Stor Kain Seragam