SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

  1. Penyertaan adalah percuma dan TERBUKA kepada semua warga kerja di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan orang awam.
  2. Lagu yang dicipta hendaklah ciptaan asal, tidak melebihi masa tiga (3) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
  3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu yang diterima sebagai peserta.
  4. Ciptaan lagu adalah bebas tetapi ia mesti melambangkan perkhidmatan PJS. Lirik lagu mestilah dalam Bahasa Malaysia dan mudah difahami serta dinyanyikan.
  5. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk format minus one atau CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang – kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan. Penyertaan boleh dihantar kepada Unit Teknologi Maklumat PJS atau  Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan PJS.
  6. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sama ada penyertaan secara individu atau berkumpulan (sila namakan kumpulan). Walau bagaimanapun, hanya satu lagu akan dipilih sebagai pemenang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Disember 2016 (Jumaat) dan sebarang penyertaan selepas 30 Disember 2016 (Jumaat) tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.
  7. Semua lagu yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Lagu PJS akan menjadi hakmilik PJS dan tidak akan dikembalikan. PJS berhak ke atas lagu yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk didendangkan atau dinyanyikan dalam mana-mana akviti PJS.
  8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri (individu atau berkumpulan). Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Penilaian dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai (Panel/Hakim/Juri khas) yang dilantik dengan jumlah pemarkahan sebanyak 50% dan 50% lagi adalah undian kakitangan PJS selaku Juri Awam.
  9. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon dan majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Muat Turun Borang Penyertaan

Recommended Posts