{"id":371,"date":"2015-06-17T03:05:34","date_gmt":"2015-06-17T03:05:34","guid":{"rendered":"http:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/?page_id=371"},"modified":"2024-10-11T01:55:34","modified_gmt":"2024-10-11T01:55:34","slug":"perkhidmatan-tambah-nilai-pendispensan-ubat","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/index\/perkhidmatan-tambah-nilai-pendispensan-ubat\/","title":{"rendered":"Perkhidmatan Tambah Nilai Pendispensan Ubat"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-page\" data-elementor-id=\"371\" class=\"elementor elementor-371\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-2aef85f5 e-flex e-con-boxed wpr-particle-no wpr-jarallax-no wpr-parallax-no wpr-sticky-section-no wpr-column-slider-no wpr-equal-height-no e-con e-parent\" data-id=\"2aef85f5\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-eba4c68 elementor-widget elementor-widget-image\" data-id=\"eba4c68\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"image.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"410\" height=\"200\" src=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/tambahnilaifarmasi.jpg\" class=\"attachment-full size-full wp-image-379\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/tambahnilaifarmasi.jpg 410w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/tambahnilaifarmasi-300x146.jpg 300w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-content\/uploads\/2015\/06\/tambahnilaifarmasi-150x73.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 410px) 100vw, 410px\" \/>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-73aa765 e-flex e-con-boxed wpr-particle-no wpr-jarallax-no wpr-parallax-no wpr-sticky-section-no wpr-column-slider-no wpr-equal-height-no e-con e-parent\" data-id=\"73aa765\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-191ad05b elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"191ad05b\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<center><\/center><p><br \/>Bagi meningkatkan penggunaan ubat-ubatan berkualiti (Quality Use of Medicine-QUM) di kalangan rakyat, bekalan separa diberikan bagi preskripsi rawatan penyakit kronik yang melebihi tempoh satu bulan dan bekalan seterusnya dibuat melalui Sistem Temujanji Farmasi (Pharmacy Appointment Systems-PhAS).<\/p><p>Sejajar dengan ini, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menawarkan Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service-VAS) iaitu melalui pelbagai PhAS. Diantara PhAS yang ditawarkan oleh farmasi hospital dan klinik kesihatan KKM adalah seperti berikut:-<\/p><p><strong>A. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)<\/strong><\/p><p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p><p>Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu adalah satu kaedah rujukan yang seragam dan teratur bagi pembekalan ubat susulan di mana pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan mereka di mana-mana fasiliti kesihatan KKM mengikut pilihan pesakit.<\/p><p><strong>Jenis Perkhidmatan<\/strong><\/p><p>Pembekalan ubat susulan menggunakan sistem yang seragam dan bersepadu di semua fasiliti kesihatan KKM.<\/p><p><strong>Kelebihan &amp; Kebaikan<\/strong><\/p><p>Faedah yang diperolehi daripada sistem ini<\/p><p>Kemudahan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan di mana-mana farmasi di bawah KKM yang berdekatan dengan tempat kediaman pesakit walaupun di tempat yang agak terpencil.<br \/>Pesakit akan menerima kualiti perkhidmatan yang sama di mana-mana fasiliti pilihan sendiri melalui kaedah rujukan yang seragam.<\/p><p><strong>B. Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia)<\/strong><\/p><p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p><p>Perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos 1Malaysia ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan perkhidmatan pilihan kepada pesakit dan pesakit yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini disediakan hasil daripada kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad. Penghantaran ubat menggunakan perkhidmatan PosLaju adalah tertakluk di dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan PosLaju. Caj kiriman adalah ditanggung oleh pesakit mengikut destinasi ubat yang dihantar.<\/p><p><strong>Jenis Perkhidmatan<\/strong><\/p><p>Pembekalan ubat susulan menggunakan sistem kiriman PosLaju ke lokasi pilihan pesakit seluruh Malaysia.<\/p><p><strong>Kelebihan &amp; Kebaikan<\/strong><\/p><p>Faedah yang diperolehi daripada sistem ini<\/p><p>Pesakit tidak lagi perlu pergi di kaunter farmasi untuk mengambil bekalan ubat susulan kerana bekalan ubat tersebut akan dikirim terus ke lokasi pilihan pesakit.<br \/>Menyelesaikan masalah kesuntukan masa untuk datang mengambil ubat di kaunter farmasi.<br \/>Menjimatkan kos perjalanan pesakit.<br \/>Tiada lagi masalah untuk meletakkan kenderaan.<\/p><p><strong>C. Farmasi Pandu Lalu<\/strong><\/p><p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p><p>Perkhidmatan pendispensan ubat susulan pesakit melalui kaedah pandu lalu. Pesakit hanya perlu ke kaunter farmasi pandu lalu untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat tersebut kerana pihak farmasi telah menyediakannya sebelum tarikh temu janji pesakit untuk mengambil ubat.<\/p><p><strong>Jenis Perkhidmatan<\/strong><\/p><p>Pendispensan ubat susulan kepada pesakit di kaunter Farmasi Pandu Lalu.<\/p><p><strong>Kelebihan &amp; Kebaikan<\/strong><\/p><p>Faedah yang diperolehi daripada sistem ini<\/p><p>Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.<br \/>Tiada lagi masalah untuk meletakkan kenderaan kerana laluan khas kenderaan pesakit telah disediakan.<\/p><p><strong>D. SMS dan Ambil<\/strong><\/p><p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p><p>Perkhidmatan Farmasi SMS dan Ambil adalah suatu perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan sahaja. Pesakit tersebut boleh mengambil bekalan ubat susulan tanpa perlu beratur atau menunggu lama. Pesakit hanya perlu menghantar pesanan ringkas (SMS) tentang butiran pesakit beserta tarikh dan masa yang diingini sebelum datang mengambil ubat.<\/p><p><strong>Jenis Perkhidmatan<\/strong><\/p><p>Pembekalan ubat susulan kepada pesakit tanpa perlu menunggu lama di kaunter farmasi kerana ubat pesakit telah disediakan lebih awal.<\/p><p><strong>Kelebihan &amp; Kebaikan<\/strong><\/p><p>Faedah yang diperolehi daripada sistem ini<\/p><p>Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dan seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi.<br \/>Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan yang lebih fleksibel, tidak hanya tertumpu kepada waktu puncak.<br \/>Selain daripada sistem-sistem yang disebutkan di atas, terdapat juga beberapa sistem temu janji farmasi yang lain seperti Kad Temu janji, Telefon\/Faks\/Emel dan Ambil, Letak dan Ambil Esok dan Farmasi Walk Thru. Walau bagaimanapun, tidak semua fasiliti kesihatan KKM menyediakan sistem-sistem temu janji ini. Penyediaan perkhidmatan temu janji ini tertakluk kepada fasiliti masing-masing mengikut kesesuaian.<\/p><p>Inovasi sistem pendispensan secara temu janji ini sangat bermanfaat demi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan susulan pesakit. Ia juga dapat membantu meningkatkan tahap komplian terhadap pengambilan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanyalah disediakan untuk pesakit dengan preskripsi jangka panjang penyakit kronik yang stabil sahaja. Pembekalan ubat untuk bulan pertama masih lagi perlu dilakukan di kaunter farmasi fasiliti kesihatan tersebut.<\/p><p>Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai sistem temu janji farmasi, pesakit diminta untuk menghubungi pegawai farmasi di fasiliti yang menawarkan perkhidmatan tersebut.<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi meningkatkan penggunaan ubat-ubatan berkualiti (Quality Use of Medicine-QUM) di kalangan rakyat, bekalan separa diberikan bagi preskripsi rawatan penyakit kronik yang melebihi tempoh satu bulan dan bekalan seterusnya dibuat melalui Sistem Temujanji Farmasi (Pharmacy Appointment Systems-PhAS). Sejajar dengan ini, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menawarkan Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service-VAS) iaitu melalui pelbagai PhAS. Diantara PhAS yang ditawarkan oleh farmasi hospital dan klinik kesihatan KKM adalah seperti berikut:- A. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) Pengenalan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu adalah satu kaedah rujukan yang seragam dan teratur bagi pembekalan ubat susulan di mana pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan mereka di mana-mana fasiliti kesihatan KKM mengikut pilihan pesakit. Jenis Perkhidmatan Pembekalan ubat susulan menggunakan sistem yang seragam dan bersepadu di semua fasiliti kesihatan KKM. Kelebihan &amp; Kebaikan Faedah yang diperolehi daripada sistem ini Kemudahan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan di mana-mana farmasi di bawah KKM yang berdekatan dengan tempat kediaman pesakit walaupun di tempat yang agak terpencil.Pesakit akan menerima kualiti perkhidmatan yang sama di mana-mana fasiliti pilihan sendiri melalui kaedah rujukan yang seragam. B. Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) Pengenalan Perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos 1Malaysia ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan perkhidmatan pilihan kepada pesakit dan pesakit yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini disediakan hasil daripada kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad. Penghantaran ubat menggunakan perkhidmatan PosLaju adalah tertakluk di dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan PosLaju. Caj kiriman adalah ditanggung oleh pesakit mengikut destinasi ubat yang dihantar. Jenis Perkhidmatan Pembekalan ubat susulan menggunakan sistem kiriman PosLaju ke lokasi pilihan pesakit seluruh Malaysia. Kelebihan &amp; Kebaikan Faedah yang diperolehi daripada sistem ini Pesakit tidak lagi perlu pergi di kaunter farmasi untuk mengambil bekalan ubat susulan kerana bekalan ubat tersebut akan dikirim terus ke lokasi pilihan pesakit.Menyelesaikan masalah kesuntukan masa untuk datang mengambil ubat di kaunter farmasi.Menjimatkan kos perjalanan pesakit.Tiada lagi masalah untuk meletakkan kenderaan. C. Farmasi Pandu Lalu Pengenalan Perkhidmatan pendispensan ubat susulan pesakit melalui kaedah pandu lalu. Pesakit hanya perlu ke kaunter farmasi pandu lalu untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat tersebut kerana pihak farmasi telah menyediakannya sebelum tarikh temu janji pesakit untuk mengambil ubat. Jenis Perkhidmatan Pendispensan ubat susulan kepada pesakit di kaunter Farmasi Pandu Lalu. Kelebihan &amp; Kebaikan Faedah yang diperolehi daripada sistem ini Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.Tiada lagi masalah untuk meletakkan kenderaan kerana laluan khas kenderaan pesakit telah disediakan. D. SMS dan Ambil Pengenalan Perkhidmatan Farmasi SMS dan Ambil adalah suatu perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan sahaja. Pesakit tersebut boleh mengambil bekalan ubat susulan tanpa perlu beratur atau menunggu lama. Pesakit hanya perlu menghantar pesanan ringkas (SMS) tentang butiran pesakit beserta tarikh dan masa yang diingini sebelum datang mengambil ubat. Jenis Perkhidmatan Pembekalan ubat susulan kepada pesakit tanpa perlu menunggu lama di kaunter farmasi kerana ubat pesakit telah disediakan lebih awal. Kelebihan &amp; Kebaikan Faedah yang diperolehi daripada sistem ini Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dan seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi.Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan yang lebih fleksibel, tidak hanya tertumpu kepada waktu puncak.Selain daripada sistem-sistem yang disebutkan di atas, terdapat juga beberapa sistem temu janji farmasi yang lain seperti Kad Temu janji, Telefon\/Faks\/Emel dan Ambil, Letak dan Ambil Esok dan Farmasi Walk Thru. Walau bagaimanapun, tidak semua fasiliti kesihatan KKM menyediakan sistem-sistem temu janji ini. Penyediaan perkhidmatan temu janji ini tertakluk kepada fasiliti masing-masing mengikut kesesuaian. Inovasi sistem pendispensan secara temu janji ini sangat bermanfaat demi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan susulan pesakit. Ia juga dapat membantu meningkatkan tahap komplian terhadap pengambilan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanyalah disediakan untuk pesakit dengan preskripsi jangka panjang penyakit kronik yang stabil sahaja. Pembekalan ubat untuk bulan pertama masih lagi perlu dilakukan di kaunter farmasi fasiliti kesihatan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai sistem temu janji farmasi, pesakit diminta untuk menghubungi pegawai farmasi di fasiliti yang menawarkan perkhidmatan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":0,"parent":62,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"full-width.php","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"class_list":["post-371","page","type-page","status-publish","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=371"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/371\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18230,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/371\/revisions\/18230"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/62"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}