{"id":738,"date":"2015-07-10T02:28:18","date_gmt":"2015-07-10T02:28:18","guid":{"rendered":"http:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/?page_id=738"},"modified":"2024-10-30T08:50:16","modified_gmt":"2024-10-30T08:50:16","slug":"kaedah-pelaksanaan-skim-perlindungan-insurans-kesihatan-pekerja-asing","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/kaedah-pelaksanaan-skim-perlindungan-insurans-kesihatan-pekerja-asing\/","title":{"rendered":"Kaedah Pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing"},"content":{"rendered":"<table border=\"0\" width=\"683\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td colspan=\"2\">\n<p style=\"text-align: justify;\" align=\"justify\">Kerajaan telah memutuskan supaya Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing dilaksanakan bermula 1 Januari 2011. Semua pekerja asing adalah diwajibkan mengambil polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) dengan jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 setahun dan bayaran premium insurans sebanyak RM120 setahun bagi seorang Pekerja Asing.\u00a0 Kerajaan seterusnya telah memutuskan supaya majikan menanggung polisi insurans bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, manakala untuk sektor-sektor lain, obligasi untuk menanggung polisi insurans SKHPPA terserah kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan berdasarkan kepada keadaan masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pekerja asing yang sedang bekerja di Malaysia pada masa ini juga diwajibkan dan diberikan tempoh selama 3 bulan untuk membeli polisi insurans tersebut. Bagi kumpulan ini, bayaran premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans yang terlibat adalah berdasarkan perkiraan baki hari bagi tempoh sah laku permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal untuk berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tersebut tamat tempoh kelak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majikan yang memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja asing dikehendaki mengemukakan polisi asal SKHPPA dan slip pengesahan SPIKPA bersekali dengan borang permohonan VDR kepada Jabatan Imigresen Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majikan yang telah mendahulukan bayaran premium polisi insurans tersebut\u00a0 hendaklah memohon kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan membuat pemotongan gaji pekerja asing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">SPIKPA ini dilaksanakan secara\u00a0<em>cashless<\/em>. Ini bermakna pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA ini jika perlu dimasukkan ke hospital Kementerian Kesihatan tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan (<em>Guarantee Letter<\/em>) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital Kementerian Kesihatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya bil hospital yang dikenakan melebihi had perlindungan maksimum iaitu sebanyak RM10,000 atau tuntutan lain yang melebihi had maksimum, maka Pekerja Asing tersebut hendaklah membayar perbezaan bil hospital tersebut sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan, pekerja asing atau majikan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil tersebut sebelum memohon pembaharuan permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tamat tempoh dan majikan yang bertanggungjawab akan disenaraihitamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan yang telah disenaraihitamkan tidak akan dibenarkan mengambil pekerja asing baru.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebanyak 17 buah syarikat insurans telah bersetuju untuk menyertai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing. Walaubagaimanapun, hanya 11 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Januari 2011. Senarai syarikat insurans tersebut adalah seperti berikut :<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>AXA Affin General Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Berjaya Sompo Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Jerneh Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Lonpac Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Malaysian Assurance Alliance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>MUI Continental Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Progressive Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>RHB Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">10.\u00a0\u00a0\u00a0<strong>The Pacific Insurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">11.\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala senarai 4 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Februari 2011 adalah seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>QBE Insurance (Malaysia) Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Overseas Assurance Corporation (M) Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Syarikat Takaful Malaysia Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">dan senarai 2 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 15 Februari 2011 adalah seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Oriental Capital Assurance Berhad<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0<strong>Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.<\/strong><\/p>\n<p>Muat turun:<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.moh.gov.my\/attachments\/5798.pdf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong>Surat Pekeliling &#8211; Prosedur Kerja Bagi Kemasukan Wad dan Tuntutan Caj Hospital Pekerja Asing Yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia<\/strong><\/a><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan telah memutuskan supaya Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing dilaksanakan bermula 1 Januari 2011. Semua pekerja asing adalah diwajibkan mengambil polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) dengan jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 setahun dan bayaran premium insurans sebanyak RM120 setahun bagi seorang Pekerja Asing.\u00a0 Kerajaan seterusnya telah memutuskan supaya majikan menanggung polisi insurans bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, manakala untuk sektor-sektor lain, obligasi untuk menanggung polisi insurans SKHPPA terserah kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan berdasarkan kepada keadaan masing-masing. Bagi pekerja asing yang sedang bekerja di Malaysia pada masa ini juga diwajibkan dan diberikan tempoh selama 3 bulan untuk membeli polisi insurans tersebut. Bagi kumpulan ini, bayaran premium yang akan dikenakan oleh syarikat insurans yang terlibat adalah berdasarkan perkiraan baki hari bagi tempoh sah laku permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal untuk berbuat demikian, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tersebut tamat tempoh kelak. Majikan yang memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja asing dikehendaki mengemukakan polisi asal SKHPPA dan slip pengesahan SPIKPA bersekali dengan borang permohonan VDR kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan yang telah mendahulukan bayaran premium polisi insurans tersebut\u00a0 hendaklah memohon kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan membuat pemotongan gaji pekerja asing. SPIKPA ini dilaksanakan secara\u00a0cashless. Ini bermakna pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA ini jika perlu dimasukkan ke hospital Kementerian Kesihatan tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital Kementerian Kesihatan. Sekiranya bil hospital yang dikenakan melebihi had perlindungan maksimum iaitu sebanyak RM10,000 atau tuntutan lain yang melebihi had maksimum, maka Pekerja Asing tersebut hendaklah membayar perbezaan bil hospital tersebut sendiri. Bagi pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan, pekerja asing atau majikan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil tersebut sebelum memohon pembaharuan permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tamat tempoh dan majikan yang bertanggungjawab akan disenaraihitamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan yang telah disenaraihitamkan tidak akan dibenarkan mengambil pekerja asing baru. Sebanyak 17 buah syarikat insurans telah bersetuju untuk menyertai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing. Walaubagaimanapun, hanya 11 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Januari 2011. Senarai syarikat insurans tersebut adalah seperti berikut : 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0AXA Affin General Insurance Berhad 2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berjaya Sompo Insurance Berhad 3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jerneh Insurance Berhad 4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad 5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lonpac Insurance Berhad 6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Malaysian Assurance Alliance Berhad 7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0MUI Continental Insurance Berhad 8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Progressive Insurance Berhad 9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RHB Insurance Berhad 10.\u00a0\u00a0\u00a0The Pacific Insurance Berhad 11.\u00a0\u00a0\u00a0Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad Manakala senarai 4 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 1 Februari 2011 adalah seperti berikut: 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad 2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0QBE Insurance (Malaysia) Berhad 3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Overseas Assurance Corporation (M) Berhad 4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan senarai 2 syarikat insurans yang bersedia untuk memasarkan polisi insurans tersebut mulai 15 Februari 2011 adalah seperti berikut: 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oriental Capital Assurance Berhad 2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Muat turun: Surat Pekeliling &#8211; Prosedur Kerja Bagi Kemasukan Wad dan Tuntutan Caj Hospital Pekerja Asing Yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"class_list":["post-738","page","type-page","status-publish","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/738","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=738"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/738\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17701,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/738\/revisions\/17701"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/hus\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=738"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}