PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN
Jabatan Farmasi mula beroperasi sejak 1 Januari 2011 sempena pembukaan rasmi bangunan Pusat Jantung Sarawak. Jabatan Farmasi bermula dengan 4 orang Pegawai Farmasi dan 4 orang Penolong Pegawai Farmasi yang diketuai oleh Dr. Lawrence Ak Anchah. Pada masa tersebut, Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi, Pesakit Dalam dan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin. Farmasi Pesakit Luar juga menyediakan perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service, VAS) iaitu Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M).
Farmasi Pesakit Luar terletak di Aras 2 manakala Pejabat Farmasi, Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Logistik berada di Aras 1. Perkhidmatan farmasi wad bermula di Cardiothoracic Ward (CTW) dan seterusnya dikembangkan ke Coronary Care Unit (CCU) dan Cardiac Rehabilitation Ward (CRW) pada tahun 2012. Pada tahun 2013, perkhidmatan Geriatrik berpindah ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak dan perkhidmatan Farmasi Wad Geriatrik bermula pada masa yang sama.
Pada Julai 2016, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak bertukar nama menjadi Pusat Jantung Sarawak dan beroperasi sepenuhnya sebagai pusat tanggungjawab berasingan dari Hospital Umum Sarawak. Pada April 2017, perkhidmatan Farmasi Logistik bermula dengan perolehan gas perubatan. Bermula dari Januari 2018, Unit Farmasi Logistik telah beroperasi sepenuhnya dengan perolehan ubat, vaksin, bukan ubat dan gas perubatan. Dalam tahun 2018, perkhidmatan-perkhidmatan tambahan telah disediakan iaitu Medication Therapy Adherence Clinic for Heart Failure (MTAC-HF) dan perkhidmatan VAS untuk Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) di Klinik Kesihatan UTC Kuching, Sarawak.
Penstrukturan semula Jabatan Farmasi dibuat pada April 2019 di mana Unit Pengeluaran diletakkan di bawah Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Sumber Maklumat Farmasi diwujudkan bagi menjalankan fungsi pengurusan formulari dan kualiti. Pada 1 Julai 2019, sistem Pharmacy Information System (Pharmacy-based) secara rasminya telah Go Live di Pusat Jantung Sarawak. Pembekalan ubat kepada pesakit-pesakit di wad melalui Unit Dose System (UDS) telah dimulakan dengan Wad Urologi, Wad Geriatrik dan Wad Kardiologi Pediatrik bagi menggantikan sistem Unit of Use (UOU) sejak Oktober 2019. Selain itu, bagi memantapkan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, VAS tambahan diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu Letak & Ambil.
FUNGSI / PERKHIDMATAN
1) UNIT FARMASI AMBULATORI (dahulunya dikenali sebagai Unit Farmasi Pesakit Luar)
- Mendispens ubat kepada pesakit Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan & Trauma.
- Mendispens ubat bagi bekalan separa melalui Perkhidmatan Tambah Nilai (SPUB, PPUSS, UMP1M, Letak & Ambil).
- Memberikan kaunselling ubat-ubatan kepada pesakit.
- Menjalankan perkhidmatan MTAC Warfarin dan Heart Failure.
2) UNIT FARMASI PESAKIT DALAM
- Membekalkan ubat kepada pesakit dalam melalui sistem UOU dan UD.
- Membekalkan ubat stok wad (Floor Stock, AOH) dan troli kecemasan.
- Membekalkan ubat psikotropik untuk kegunaan wad dan unit.
- Menjalankan pemeriksaan wad terhadap pengurusan stok ubat.
- Membekalkan ubat bagi Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP).
- Memberikan kaunselling ubat-ubatan kepada pesakit.
- Mendispens ubat kepada pesakit discaj.
- Menjalankan pengeluaran galenikal (sediaan internal dan eksternal).
- Menjalankan prabungkus ubat-ubatan.
- Menyediakan sediaan ekstemporaneous.
3) UNIT SUMBER MAKLUMAT FARMASI
- Menyediakan perkhidmatan maklumat ubat dan racun.
- Menguruskan formulari ubat-ubatan.
- Menguruskan permohonan ubat khas kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan/Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi serta ubat kuota
- Mengendalikan aktiviti-aktiviti keselamatan pengubatan
- Memantau dan menyelia pelaksanaan sistem Pharmacy Information System (PhIS)
- Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan risiko di Jabatan Farmasi
4) UNIT FARMAKOTERAPI (dahulunya dikenali sebagai Unit Farmasi Klinikal)
- Mengikuti rondaan wad dan melakukan intervensi penjagaan farmaseutikal.
- Melakukan penilaian sejarah pengubatan dan rekonsiliasi ubat untuk pesakit (CP1).
- Melakukan penilaian farmakoterapi (CP2).
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling sisi katil dan discaj.
- Mendispens ubat kepada pesakit discaj.
5) UNIT FARMASI LOGISTIK
- Merancang dan memantau semua jenis peruntukan di bawah kawalan serta melaksanakan perolehan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan.
- Menerima, memeriksa, menyimpan dan membekalkan ubat-ubatan, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan kepada semua unit pengguna.
- Mengendalikan aduan kualiti produk ubat dan bukan ubat.
KLINIK WARFARIN - MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (MTAC) WARFARIN
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin ialah perkhidmatan penjagaan ambulatori yang dijalankan oleh pegawai farmasi dengan kerjasama pegawai perubatan dan kumpulan sokongan penjagaan kesihatan untuk membantu pesakit yang menerima terapi warfarin.
Perkhidmatan ini melibatkan kolaborasi di antara Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan di dalam memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit. MTAC dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi dengan menjalankan pemonitoran terapi ubat- ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. Perkhidmatan ini juga melibatkan rundingan secara klinikal, dan pengubahan dos.
Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin yang dilampirkan:
Array
https://www.youtube.com/watch?v=EQ-JHTX1H48
PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS 1MALAYSIA (UMP1MALAYSIA)
UMP1M adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman minima.
Kepada pelangan yang berminat dengan perkhidmatan ini, sila berhubung terus ke kaunter farmasi untuk mendapatkan nasihat. Borang akan disediakan untuk mendapatkan maklumat alamat pos dan pengesahan kebenaran menghantar bekalan ubat susulan melalui poslaju.
OBJEKTIF:
- Memastikan ubat dihantar terus ke lokasi pilihan.
- Menjamin kesinambungan bekalan ubat.
- Menyelesaikan masalah kesuntukan masa.
- Menjimatkan kos perjalanan.
Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang dilampirkan.
http://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/pamphlet-ump1m-baru.pdf
SISTEM PEMBEKALAN UBAT-UBATAN MELALUI (SPUB)
SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sila rujuk sambungan berikut:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/sistem-pendispensan-ubat-bersepadu-spub.html
WAKTU OPERASI
Waktu operasi Jabatan Farmasi adalah seperti berikut:
UNIT FARMASI PESAKIT LUAR DAN UNIT FARMASI PESAKIT DALAM
Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang (WAKTU PEJABAT)
Sila ambil bekalan susulan ubat pada waktu pejabat.
BEKALAN WAD DAN KECEMASAN
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 11.00 pagi - 1.00 petang (BUKAN WAKTU PEJABAT)
Dibuka pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, untuk pesakit dimasukkan di wad ataupun discaj: