UNIT HAEMODIALISIS

PENGENALAN

Unit Hemodialisis Pusat Jantung Sarawak diklasifikasikan sebagai pusat dialisis tanpa “Resident Nephrologist”. Secara pentadbirannya adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan Pengarah Pusat Jantung Sarawak

Pakar Nephrologi Negeri adalah bertanggunggungjawab berhubung isu-isu, keseluruhan pengurusan dialisis, memastikan unit mencapai objektif dan sasaran Kementerian Kesihatan, pengurusan klinikal pesakit dialisis, mengenalpasti keperluan peralatan, ubatan, konsumable dan audit serta “outcome” rawatan.

Unit Hemodialisis Pusat Jantung Sarawak adalah di ketuai oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab sebagai Pengurus Dialisis. Tanggungjawab utama adalah memantau, mentadbir perkhidmatan harian dan keseluruhan aktiviti di unit termasuklah tugasan klinikal, pengurusan penjagaan pesakit, sumber manusia, peralatan, bekalan, belanjawan, initiatif kualiti, kearah penambahbaikan kualiti dan pelaksanaan polisi dan prosedur.

Sebagai pusat dialisis tanpa “Resident Nephrologist”, penjagaan perubatan am pesakit,  isu-isu klinikal, penjagaan harian meliputi aspek kecemasan pesakit adalah dirujuk kepada Pegawai Perubatan dari Wad Geriatrik Pusat Jantung Sarawak dan pengurusan lanjut dirujuk kepada Pakar Nephrologi di Hospital Umum Sarawak .

Kesemua pesakit yang dirujuk untuk rawatan dialisis di Pusat Jantung Sarawak adalah dibawah preskripsi, penjagaan, perawatan dan kaunseling daripada Pakar Nephrologi dari Hospital Umum Sarawak berkaitan “Renal Replacement Therapy Modalities” pesakit.

Unit Hemodialisis Pusat Jantung Sarawak adalah berada di Aras Dua, dimana memudahkan pesakit yang menerima rawatan berjadual secara ambulatori. Pada masa yang sama, unit juga memberikan perawatan kepada pesakit lain seperti kes-kes transit atau elektif, dari wad seperti “Cardiac Intensive Care Unit, Cardiac Care Unit” dan wad.

 

PERKHIDMATAN

 

OBJEKTIF

Untuk mencapai dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan mematuhi standard iaitu dengan memastikan perawatan yang dijalankan adalah selamat dan mengikut praktis semasa yang di iktiraf.

Untuk mengekalkan dan menambahbaik aspek perawatan dialisis kronik merangkumi aktiviti fizikal , peralatan, konsumable, kualiti perawatan air, sumber manusia, penilaian pesakit dialisis, langkah kawalan infeksi dan langkah-langkah kearah kualiti.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan hemodialsis Pusat Jantung Sarawak adalah meliputi;

  1. “Renal Replacement Therapy”
    • Perawatan Hemodialisis
    • “Ambulatory services / Day care i.e. Chronic and transit patient”
    • “In-patient services i.e. Elective, Acute or Emergency dialysis”
  1. Latihan
    • Penempatan klinikal Pelatih Post Basik renal Renal clinical attachment.
    • Pesakit, keluarga dan penjaga
  1. Waktu operasi
    • Beroperasi 3 syif setiap hari iaitu setiap 0630 pagi – 0900 malam
    • 6 hari seminggu untuk perawatan dialisis berjadual.
    • Tugas atas panggilan untuk kecemasan dan kes di wad.
  1. Perkhidmatan Klinik Nefrologi
  2. Beroperasi 2 kali dalam sebulan