{"id":49,"date":"2016-09-28T03:28:45","date_gmt":"2016-09-28T03:28:45","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/pjs\/?page_id=49"},"modified":"2024-10-23T06:19:20","modified_gmt":"2024-10-23T06:19:20","slug":"pesakit-bayar-penuh","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/pesakit-bayar-penuh\/","title":{"rendered":"PESAKIT BAYAR PENUH"},"content":{"rendered":"<strong>PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH (PPBP<em>) \/ <\/em><\/strong><strong><em>FULL PAYING PATIENT SERVICE (FPP)<\/em><\/strong>\r\n\r\n&nbsp;\r\n\r\n<strong><em> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wpa-warning wpa-image-missing-alt size-full wp-image-3276 aligncenter\" src=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Screenshot-2024-10-23-141641.png\" alt=\"\" width=\"622\" height=\"876\" data-warning=\"Missing alt text\" srcset=\"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Screenshot-2024-10-23-141641.png 622w, https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Screenshot-2024-10-23-141641-213x300.png 213w\" sizes=\"auto, (max-width: 622px) 100vw, 622px\" \/><\/em><\/strong>\r\n\r\n&nbsp;\r\n\r\nPPBP merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit dimana pesakit akan dikenakan bayaran penuh dengan harga yang kompetitif tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar di hospital kerajaan.\r\n\r\n<strong>Pendaftaran PPBP<\/strong>\r\n\r\nPesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit luar [klinik pakar] atau pesakit dalam [memasuki wad].\r\n\r\n<strong>Faedah yang diterima pesakit PPBP<\/strong>\r\n<ul>\r\n \t<li>Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya<\/li>\r\n \t<li>Kemudahan giliran untuk mendapat rawatan<\/li>\r\n \t<li>Pesakit Dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad kelas satu atau yang setaraf<\/li>\r\n \t<li>Semua kemudahan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti yang ada di Pusat Jantung Sarawak<\/li>\r\n<\/ul>\r\n<strong>Skop Perkhidmatan<\/strong>\r\n<ul>\r\n \t<li>Perkhidmatan Pesakit Luar\/ Klinik Pakar<\/li>\r\n \t<li>Perkhidmatan Pesakit Dalam<\/li>\r\n<\/ul>\r\nPerkhidmatan merangkumi konsultasi, penyiasatan, prosedur dan pembedahan, terapi dan hospitaliti.\r\n<h4>Perkhidmatan Kepakaran yang ditawarkan<\/h4>\r\n<ul>\r\n \t<li>Kardiologi<\/li>\r\n \t<li>Pembedahan Kardiotorasik<\/li>\r\n \t<li>Kardiak Anestesiologi &amp; Perfusi<\/li>\r\n<\/ul>\r\n<strong>Kelayakan untuk menyertai PPBP<\/strong>\r\n<ul>\r\n \t<li>Orang awam yang berminat kepada PPBP (warganegara\/ bukan warganegara)<\/li>\r\n \t<li>Kakitangan kerajaan yang memilih PPBP (tidak menggunakan GL kerajaan)<\/li>\r\n \t<li>Kakitangan sektor korporat\/ swasta dimana majikan bersetuju menanggung semua perbelanjaan perubatan<\/li>\r\n<\/ul>\r\n<strong>\u00a0<\/strong>\r\n\r\n<strong>Dokumen Pendaftaran<\/strong>\r\n\r\nUntuk mendaftar pesakit perlu membawa dokumen berikut:\r\n<ul>\r\n \t<li>Kad pengenalan\/ surat beranak\/ visa\/ pasport<\/li>\r\n \t<li>Surat Jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini (sekiranya berkaitan)<\/li>\r\n \t<li>Deposit<\/li>\r\n \t<li>Surat rujukan\/ kad temujanji (sekiranya berkaitan)<\/li>\r\n<\/ul>\r\nPesakit hendaklah bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan Menyertai PPBP.\r\n\r\n<strong>Pengecualian Bayaran<\/strong>\r\n\r\nTiada pengecualian bayaran dibenarkan di bawah PPBP\r\n\r\n<strong>Penyempurnaan Rawatan<\/strong>\r\n\r\nSemua pesakit dalam yang memilih mendapatkan perkhidmatan FPP sehingga rawatan selesai ataupun terus mendapatkan perkhidmatan FPP sebagai pesakit luar, perlu menjelaskan bayaran sebelum mengambil ubat yang dipreskripsi atau sebelum diberikan temujanji untuk rawatan ulangan.\r\n\r\nResit bayaran hanya akan dikeluarkan kepada pesakit perkhidmatan FPP selepas bayaran untuk semua caj berkaitan dijelaskan.\r\n\r\n<strong>Pertikaian Bayaran<\/strong>\r\n\r\nSebarang pertikaian mengenai bayaran perlulah dibuat secara bertulis kepada urusetia PPBP\u00a0selepas menjelaskan bayaran untuk rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan\u00a0sebagai pesakit PPBP, sekiranya penjelasan secara lisan tidak mencukupi.\r\n\r\n<strong>Penamatan PPBP<\/strong>\r\n\r\nSekiranya pesakit\/ waris tidak menjelaskan bayaran tambahan deposit seperti yang diarahkan sebelum 12.00 tengahari pada hari berikutnya, petugas hendaklah menghubungi wad supaya pesakit ditukarkan ke wad kelas mengikut kelayakan ataupun kelas yang dipersetujui oleh pesakit.\r\n\r\nWalaubagaimanapun, pesakit mesti terlebih dahulu menjelaskan bil sepenuhnya semasa berada dalam PPBP. Pertukaran wad adalah mengikut peraturan sedia ada di hospital.\r\n\r\nSekiranya pesakit ingin menarik diri dari meneruskan PPBP ini, (Borang Berhenti PPBP) boleh ditandatangani selepas menjelaskan bayaran rawatan yang tertunggak.\r\n\r\n<strong>Caj Bayaran PPBP<\/strong>\r\n<table width=\"576\">\r\n<tbody>\r\n<tr>\r\n<td width=\"198\">KLINIK<\/td>\r\n<td width=\"180\">KES BARU<\/td>\r\n<td width=\"198\">TEMUJANJI SUSULAN<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"198\">Pendaftaran<\/td>\r\n<td width=\"180\">RM10.00<\/td>\r\n<td width=\"198\">&#8211;<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"198\">Konsultasi<\/td>\r\n<td width=\"180\">RM100.00<\/td>\r\n<td width=\"198\">RM60.00<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<\/tbody>\r\n<\/table>\r\n&nbsp;\r\n<table width=\"576\">\r\n<tbody>\r\n<tr>\r\n<td colspan=\"2\" width=\"576\">CAJ KEMASUKAN DI WAD<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Deposit<\/td>\r\n<td width=\"435\">Berdasarkan anggaran caj keseluruhan mengikut prosedur \u2013 Tunai\/ Insurans*\/ GL majikan*<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Caj Bilik<\/td>\r\n<td width=\"435\">Bilik 1 katil \u2013 RM160\/ hari\r\n\r\nBilik 2 katil \u2013 RM130\/ hari\r\n\r\nBilik 4 katil \u2013 RM80\/ hari<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Lawatan Doktor<\/td>\r\n<td width=\"435\">P1 Perundingan waktu pejabat (jagaan wad) &#8211; RM60\r\n\r\nP2 Perundingan waktu pejabat (jagaan intensif) &#8211; RM90\r\n\r\nP3 Perundingan selepas waktu pejabat (jagaan wad) &#8211; RM120\r\n\r\nP4 Perundingan selepas waktu pejabat (jagaan intensif) &#8211; RM180<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Caj Pembedahan<\/td>\r\n<td width=\"435\">Bergantung pada jenis penyakit\/ pembedahan<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Caj Anaesthesia<\/td>\r\n<td width=\"435\">1\/3 daripada bayaran kos pembedahan<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Caj bilik pembedahan<\/td>\r\n<td width=\"435\">RM250\/ jam<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Ujian spesimen<\/td>\r\n<td width=\"435\">Bergantung kepada jenis spesimen yang diambil, contoh:\r\n<ul>\r\n \t<li>Ujian darah<\/li>\r\n \t<li>X-ray\/ ultrasound<\/li>\r\n<\/ul>\r\n<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Transfusi darah (jika perlu)<\/td>\r\n<td width=\"435\">RM170\/ pint (packed cell\/ whole blood)<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Ubatan<\/td>\r\n<td width=\"435\">Bergantung kepada jenis ubat yang diguna<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td width=\"141\">Barang habis pakai<\/td>\r\n<td width=\"435\">Bergantung pada kegunaan<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<\/tbody>\r\n<\/table>\r\n<strong>\u00a0<\/strong>\r\n\r\nPegawai untuk Dihubungi:\r\n\r\nPn Norokiah binti Rajak, Ketua Jururawat\r\n\r\nPenyelaras Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh\r\n\r\nPusat Jantung Sarawak\r\n\r\n&nbsp;\r\n\r\nTarikh kemaskini 23 Oktober 2024\r\n\r\n<!-- \/wp:post-content -->","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH (PPBP) \/ FULL PAYING PATIENT SERVICE (FPP) &nbsp; &nbsp; PPBP merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit dimana pesakit akan dikenakan bayaran penuh dengan harga yang kompetitif tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar di hospital kerajaan. Pendaftaran PPBP Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-49","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/49","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/49\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3278,"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/49\/revisions\/3278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknsarawak.moh.gov.my\/pjs\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}