Dasar Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Menyediakan dan menyelenggarakan suatu tempat kerja yang sihat, selesa dan selamat dengan mengambilkira kehendak undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994, peraturan-peraturan dan tata amalan – tata amalan yang diluluskan.

Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberikan penarafan yang seimbang dengan pencapaian dan produktiviti organisasi.

Menggalakkan penyertaan anggota dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua projek, operasi dan pembelian.

Memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

Memastikan semua kontraktor yang menjalankan kerja setiap masa mematuhi peraturan kesihatan dan keselamant yang ditetapkan.

Melaporkan dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang boleh dan telah menyebabkan kecederaan atau penyakit-penyakit pekerjaan.

Memastikan fasiliti-fasiliti kesihatan mematuhi standard minima bagi keselamatan dan kesihatan persekitaran.

Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan diri, dan

Mengkaji semula dasar ini dari semasa ke semasa.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yakin kecemerlangan dan kejayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan pekerjanya.

Dr. Jamilah Hashim
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.